Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM115 / 1.15 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
9 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Masih ramai anak-anak di pelbagai pelusuk Indonesia, terutamanya di kepulauan terpencil seperti Mentawai, yang terpaksa menamatkan persekolahan akibat kesempitan hidup. Ada yang terpaksa berhenti sekolah kerana ibubapa tidak mampu, ada pula yang keluar awal untuk membantu mencari rezeki bagi keluarga.
Malangnya, pendidikan merupakan kunci untuk memecahkan kitaran kemiskinan dan memberi mereka peluang kehidupan lebih baik.

Baru-baru ini, ASAR Humanity melawat Pulau Mentawai dan menyedari sendiri kesukaran yang dihadapi anak-anak di sana, ada yang bersekolah tanpa kasut, memakai uniform koyak, atau menggendong beg yang hampir roboh. Kami tidak mahu hanya berpeluk tubuh. Melalui kempen ini, kami ingin mengajak anda membantu:
1. Membekalkan pakaian sekolah, kasut, dan beg yang selesa
2. Menyokong yuran sekolah, alat tulis, dan kos pengangkutan harian
3. Memberi bantuan biasiswa untuk meneruskan pengajian

RM10 sudah cukup untuk membeli sepasang kasut sekolah. Sumbangan lebih boleh digunakan untuk:
1. Membekal uniform lengkap
2. Menyokong yuran persekolahan
3. Membantu kos harian seperti buku dan alat tulis

Pendidikan adalah asas perubahan, membina harapan dan kemerdekaan masa depan anak-anak. Seorang anak tidak seharusnya berhenti sekolah semata-mata kerana kesempitan hidup. Inilah masanya untuk memberi semula hak mereka. Dengan sumbangan kecil anda, kita boleh menyalurkan peluang belajar, menaikkan keyakinan kanak-kanak, dan mengubah hidup mereka secara nyata. Mari bantu mereka kembali ke sekolah, meneruskan mimpi dan menjayakan masa depan mereka.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
MEOR ROSAZMAN MD IDRIS
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 15, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 15, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Aug 15, 2025
MUHAMMAD SAUFI BIN KAMALUDIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 15, 2025