Saudara seiman yang dirahmati Allah,
Pendidikan adalah hak setiap anak. Namun realitinya, masih ramai anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah terpaksa berdepan dengan pelbagai kekurangan, ada yang tiada kasut sekolah, tiada beg, bahkan ada sekolah yang masih daif dan kurang kemudahan.

Melalui kempen besar “Penjuru Negeri”, ASAR Humanity berusaha menyebarkan bantuan secara adil ke seluruh pelosok negeri, memastikan setiap anak, setiap warga emas, dan keluarga yang hidup dalam kesusahan tidak terpinggir.
Alhamdulillah, baru-baru ini kami telah menghantar 20 pasang kasut dan 60 pasang stokin kepada murid-murid sekolah rendah di salah sebuah sekolah tempatan yang masih memerlukan sokongan. Semoga pemberian ini dapat menjadi motivasi buat mereka untuk terus belajar dengan semangat, mengejar impian, dan tidak berputus asa.

Insya-Allah, kami juga bercita-cita untuk membantu membaik pulih sekolah-sekolah daif dan menyokong fasiliti pendidikan yang lebih baik agar anak-anak ini dapat belajar dengan lebih selesa.
Satu langkah kecil, dengan memberi sepasang kasut, sebuah beg, atau sumbangan ikhlas anda mampu memberi perubahan besar dalam kehidupan seorang anak.

Mari bersama-sama menyokong pendidikan mereka.
Anda boleh menyumbang kasut, beg, atau bantuan kewangan untuk memastikan setiap anak mendapat peluang belajar yang adil.
Jom #BuatBaik!

Dengan izin Allah, ASAR Humanity Bulukumba telah berjaya melaksanakan agihan bantuan pendidikan dan keperluan asas kepada anak-anak yatim yang memerlukan.

Wajah ceria dan senyuman mereka menjadi saksi betapa bermaknanya bantuan pakaian dan kelengkapan sekolah ini. Semoga sumbangan ini dapat memberi harapan dan keyakinan baharu untuk mereka meneruskan persekolahan dengan lebih baik.

Mudah-mudahan setiap sumbangan yang diberikan menjadi pahala berterusan buat para donatur, in syaa ALlah
Alhamdulillah, ASAR Humanity telah menyampaikan Pek Pendidikan kepada murid sekolah rendah di Kampung Lamjuhang, Aceh Besar.
Setiap pek yang diberikan mengandungi:
1 pasang kasut
1 pasang stokin

Bantuan ini diharap dapat meringankan beban keluarga serta memberi semangat baharu kepada anak-anak untuk terus belajar dan mengejar cita-cita mereka.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menyokong program ini. Semoga setiap bantuan yang diberi menjadi amal jariah yang berpanjangan, in syaa Allah.
Mari teruskan misi kebaikan ini, kerana setiap sen yang kita hulurkan membawa harapan untuk mereka!
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini