TADIKA PINTAR AS SOFFIYAH

Dimulakan pada Feb 03, 2022

SEDEKAH PEK BARANG BASAH UNTUK WARGA EMAS MISKIN

RM1,090 / 19.82 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,500

45 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah kita menjadi sebahagian manusia yang dapat memberikan kelebihan dan manfaat buat orang lain yang memerlukan. Ayuh, kita bantu mereka!

Kesusahan yang ditanggung mereka wajar untuk kita sama-sama bantu serta bersifat ehsan kepada jiran dan mereka yang memerlukan.


Kami membuka peluang kepada para penyumbang dan penginfaq untuk bersama-sama merebut ganjaran pahala dan kebaikan kerana memberikan kekenyangan dan berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan bagi menyumbang pembelian barang basah untuk diagihkan kepada asnaf dan yang memerlukan.


Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: 𝗦𝗲𝗱𝗲𝗸𝗮𝗵 𝗷𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵, 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁 dan 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝘀𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗼𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸𝗻𝘆𝗮." - Riwayat Muslim


SEDEKAH BARANG BASAH KEPERLUAN ASNAF MISKIN


Amalan bersedekah sangat berkait rapat dengan iman seorang Muslim. Setiap sedekah yang diterima di sisi Allah SWT, Dia akan balas dan ‘membayarnya’ di dunia lagi, apatah lagi di akhirat nanti.



Itu janji Allah dalam al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)



Pek Barangan Basah ini akan diberikan kepada keluarga asnaf dan keluarga mereka yang kehilangan pekerjaan di sekitar Johor. Sumbangan ini diberikan secara one off dan berupa barangan basah seperti ayam, dan sayur-sayuran untuk mereka meneruskan kehidupan. Ianya akan diedarkan sekitar Kulai pada Mac 2022. Kesusahan yang ditanggung mereka wajar untuk kita sama-sama bantu serta bersifat ehsan kepada jiran dan mereka yang memerlukan.



Dengan bantuan, sokongan dan pertolongan berterusan dari semua pihak yang menyumbang. Kami akan dapat laksanakan pemberian ini untuk sesi ini. Kami menjangkakan pemberian ini akan diberikan pada bulan Februari ini.


Dari potongan ayat al-quran: "Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah: 195)



Marilah kita menjadi sebahagian manusia yang dapat memberikan kelebihan dan manfaat buat orang lain yang memerlukan. Ayuh, kita bantu mereka!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 28, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 07, 2022

Kempen Sumbangan Tamat