KASUT DAN BEG SEKOLAH BARU UNTUK ANAK ANAK YATIM

Dianjurkan oleh:
ASAR HUMANITY
Dimulakan pada:
13 May, 2025
KASUT DAN BEG SEKOLAH BARU UNTUK ANAK ANAK YATIM
13.27%
RM1,327
/RM10,000
76
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Berkongsi untuk sokong pendidikan anak yatim dengan agihan beg, seragam dan kasut untuk sekolah. Jom bantu!

Bayangkan anak-anak yatim memulakan hari persekolahan mereka dengan kasut lama yang koyak, atau beg sekolah yang sudah lusuh dan hampir rosak. Walaupun semangat belajar mereka tinggi, namun kekurangan keperluan asas membuatkan mereka rasa rendah diri dan sukar untuk fokus.

Kini, lebih 50 anak yatim di seluruh Indonesia yang berumur antara 8 hingga 14 tahun sangat memerlukan sokongan. Ada yang tinggal di madrasah, rumah anak yatim, dan ada juga yang masih bersama saudara mara. Semuanya dalam keadaan serba kekurangan.

Melalui kempen ini, kami ingin berkongsi sedikit kebahagiaan dengan menghantar satu pek kelengkapan sekolah kepada mereka. Pek ini terdiri daripada:

1. Beg sekolah baru

2. Kasut sekolah

3. Seragam sekolah (bergantung kepada keperluan setiap anak)

Bantuan ini mungkin kecil bagi kita, tetapi sangat besar maknanya buat mereka. Ia bukan sekadar keperluan fizikal, tetapi juga dorongan untuk mereka terus belajar dengan penuh keyakinan dan harga diri.

"Barangsiapa yang menggembirakan hati anak yatim, maka Allah akan menggembirakan hatinya pada hari kiamat."

(Hadis Riwayat Tabrani)

Mari bersama kita bantu mereka menuntut ilmu dengan lebih selesa, yakin dan semangat yang tinggi. Ini adalah sadaqah jariah kita. Pahala yang terus mengalir selagi mereka belajar dan menggunakan apa yang kita berikan. Satu beg, satu pasang kasut mungkin itu saja yang mereka perlukan untuk terus melangkah menuju masa depan yang lebih cerah.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

19 Jan 2026

Alhamdulillah, ASAR Humanity Bulukumba telah berjaya menyalurkan bantuan pendidikan merangkumi pakaian, kasut, seragam, alat tulis serta bantuan makanan kepada anak-anak yang memerlukan.

Agihan ini disambut dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan oleh para penerima manfaat. Diharapkan bantuan ini dapat meringankan beban keluarga serta menyuntik semangat anak-anak untuk terus bersekolah.

Semoga segala kebaikan ini menjadi amal jariah yang berpanjangan buat para penyumbang dan semua insan yang prihatin.

26 Aug 2025

Alhamdulillah, ASAR Humanity telah menyampaikan Pek Pendidikan kepada murid sekolah rendah di Kampung Lamjuhang, Aceh Besar.

Setiap pek yang diberikan mengandungi:

1 pasang kasut

1 pasang stokin

Bantuan ini diharap dapat meringankan beban keluarga serta memberi semangat baharu kepada anak-anak untuk terus belajar dan mengejar cita-cita mereka.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menyokong program ini. Semoga setiap bantuan yang diberi menjadi amal jariah yang berpanjangan, in syaa Allah.

Mari teruskan misi kebaikan ini, kerana setiap sen yang kita hulurkan membawa harapan untuk mereka!

https://sumbangan.com/sedekahkasutanakanak 

15 Aug 2025

Alhamdulillah, ASAR Humanity telah menyampaikan Pek Pendidikan kepada 7 orang murid sekolah rendah di Kampung Babussalam, Lombok Barat, Nusa Tenggara Barat.

Setiap pek yang diberikan mengandungi:

1 buah beg sekolah

1 pek buku tulis

1 buku gambar

1 pek pensil warna

1 pek pensil 2B

1 pengasah pensil & pemadam

1 kotak pensil

Bantuan ini diharap dapat meringankan beban keluarga serta memberi semangat baharu kepada anak-anak untuk terus belajar dan mengejar cita-cita mereka.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menyokong program ini. Semoga setiap bantuan yang diberi menjadi amal jariah yang berpanjangan, in syaa Allah.

Mari teruskan misi kebaikan ini, kerana setiap sen yang kita hulurkan membawa harapan untuk mereka!

https://sumbangan.com/kasutanakpedalaman 

10 Jun 2025

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 13, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 04, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 04, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 02, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 21, 2025

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

DANA PEMBELIAN VAN UNTUK PELAJAR TAHFIZ DAN KEGIATAN KEAGAMAAN LPQ AL HUDA
INFAK PAKAIAN UNTUK PELAJAR TADIKA MISKIN DAN ASNAF
INFAK LAMPIN PAKAI BUANG UNTUK KANAK KANAK KANSER
SEDEKAH JUMAAT BERKONGSI MAKANAN HANGAT UNTUK ANAK ANAK MEMBUTUHKAN
SELAMATKAN MASA DEPAN RIBUAN ANAK YATIM
Kempen Sumbangan Tamat