Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,327 / 13.27 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
76 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Bayangkan anak-anak yatim memulakan hari persekolahan mereka dengan kasut lama yang koyak, atau beg sekolah yang sudah lusuh dan hampir rosak. Walaupun semangat belajar mereka tinggi, namun kekurangan keperluan asas membuatkan mereka rasa rendah diri dan sukar untuk fokus.

Kini, lebih 50 anak yatim di seluruh Indonesia yang berumur antara 8 hingga 14 tahun sangat memerlukan sokongan. Ada yang tinggal di madrasah, rumah anak yatim, dan ada juga yang masih bersama saudara mara. Semuanya dalam keadaan serba kekurangan.

Melalui kempen ini, kami ingin berkongsi sedikit kebahagiaan dengan menghantar satu pek kelengkapan sekolah kepada mereka. Pek ini terdiri daripada:
1. Beg sekolah baru
2. Kasut sekolah
3. Seragam sekolah (bergantung kepada keperluan setiap anak)

Bantuan ini mungkin kecil bagi kita, tetapi sangat besar maknanya buat mereka. Ia bukan sekadar keperluan fizikal, tetapi juga dorongan untuk mereka terus belajar dengan penuh keyakinan dan harga diri.
"Barangsiapa yang menggembirakan hati anak yatim, maka Allah akan menggembirakan hatinya pada hari kiamat."
(Hadis Riwayat Tabrani)

Mari bersama kita bantu mereka menuntut ilmu dengan lebih selesa, yakin dan semangat yang tinggi. Ini adalah sadaqah jariah kita. Pahala yang terus mengalir selagi mereka belajar dan menggunakan apa yang kita berikan. Satu beg, satu pasang kasut mungkin itu saja yang mereka perlukan untuk terus melangkah menuju masa depan yang lebih cerah.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah, ASAR Humanity telah menyampaikan Pek Pendidikan kepada murid sekolah rendah di Kampung Lamjuhang, Aceh Besar.
Setiap pek yang diberikan mengandungi:
1 pasang kasut
1 pasang stokin

Bantuan ini diharap dapat meringankan beban keluarga serta memberi semangat baharu kepada anak-anak untuk terus belajar dan mengejar cita-cita mereka.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menyokong program ini. Semoga setiap bantuan yang diberi menjadi amal jariah yang berpanjangan, in syaa Allah.
Mari teruskan misi kebaikan ini, kerana setiap sen yang kita hulurkan membawa harapan untuk mereka!
Alhamdulillah, ASAR Humanity telah menyampaikan Pek Pendidikan kepada 7 orang murid sekolah rendah di Kampung Babussalam, Lombok Barat, Nusa Tenggara Barat.

Setiap pek yang diberikan mengandungi:
1 buah beg sekolah
1 pek buku tulis
1 buku gambar
1 pek pensil warna
1 pek pensil 2B
1 pengasah pensil & pemadam
1 kotak pensil

Bantuan ini diharap dapat meringankan beban keluarga serta memberi semangat baharu kepada anak-anak untuk terus belajar dan mengejar cita-cita mereka.
Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menyokong program ini. Semoga setiap bantuan yang diberi menjadi amal jariah yang berpanjangan, in syaa Allah.
Mari teruskan misi kebaikan ini, kerana setiap sen yang kita hulurkan membawa harapan untuk mereka!

ADHAM JUNUS
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 16, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 16, 2025
AHMAD NURUDIN BIN HASHIM
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 15, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 15, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 15, 2025