Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,355 / 27.10 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
70 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Ramadan adalah bulan keberkatan, bulan yang penuh dengan peluang untuk berbuat kebaikan dan meraih pahala berlipat ganda. ASAR Humanity kembali menggerakkan Program Kapal Ramadan, sebuah misi kemanusiaan yang akan menghantarkan bantuan makanan, pendidikan, dan kesihatan kepada saudara-saudara kita di pelosok negeri.

"Kamu tidak akan memperoleh kebajikan yang sempurna sebelum kamu menginfakkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa sahaja yang kamu infakkan, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui."
(Surah Ali ‘Imran: 92)

Alhamdulillah! Pada pelayaran pertama Kapal Ramadan, kita telah berjaya:
1. Menghantarkan lebih dari 300 pek bekalan makanan asas bagi keluarga yang memerlukan.
2. Menyediakan lebih dari 100 mushaf Al-Qur’an untuk para penghafal Al-Qur’an.
3. Membawa doktor dan pasukan relawan untuk memberikan layanan kesihatan.
4. Menyalurkan pelbagai bentuk bantuan asas untuk mereka yang hidup dalam kekurangan.

Kini, kami mengajak tuan dan puan untuk menjadi sebahagian dari perjalanan Kapal Ramadan berikutnya! Dengan infaq anda, kita dapat menghantarkan lebih banyak bantuan untuk anak yatim, para penghafal Al-Qur’an, dan keluarga yang memerlukan.
Sasaran Infaq: RM50 – Pek makanan berbuka puasa
- RM100 – Mushaf Al-Qur’an untuk penghafal Al-Qur’an
- RM200 – Bantuan makanan asas untuk satu keluarga
- RM500 – Sokongan penuh untuk layanan kesihatan dan pendidikan
InsyaAllah, kita akan meneruskan pelayaran Kapal Ramadan berikutnya, membawa lebih banyak kebahagiaan dan keberkatan.

"Barang siapa memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa sedikit pun."
(HR. Tirmidzi)
Jom bersama ASAR Humanity! Hulurkan infaq, sebarkan keberkatan, dan jadikan Ramadan mereka penuh tawa dan kebahagiaan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Menjaga Pewaris Al-Quran di Maahad Daarul Amanah
Alhamdulillah, pasukan ASAR Humanity telah berkunjung ke Maahad Daarul Amanah di Bandung, Indonesia — sebuah pusat tahfiz percuma khusus untuk anak-anak yatim dan asnaf. Di sinilah mereka mengikuti program 3 tahun untuk menghafaz Al-Quran, dengan impian menjadi guru Al-Quran di masa hadapan.


Anak-anak ini tekun belajar siang dan malam, memikul harapan besar untuk menjadi pewaris ilmu yang mulia. Terima kasih kepada para penderma, dengan adanya sokongan makanan berkhasiat dan keperluan lain, proses hafazan mereka menjadi lebih lancar dan teratur.



Doakan agar lebih banyak pusat tahfiz seperti ini dapat kita bantu bersama. Kerana setiap anak yang berjaya menghafaz Al-Quran, ganjarannya mengalir kepada kita semua. Teruskan berkongsi rezeki dan menyokong pendidikan Al-Quran.
Jom teruskan berkongsi rezeki!
Lipat Gandakan Keberkatan di 10 Malam Terakhir Ramadan!
"Carilah malam Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan." (HR. Bukhari & Muslim)

Kita telah memasuki fasa terakhir Ramadan, di mana pahala dilipatgandakan dan setiap amal kebaikan menjadi peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah. ASAR Humanity mengajak tuan dan puan untuk berkongsi rezeki dengan menyebarkan keberkatan kepada saudara-saudara kita yang memerlukan.

Apa yang kita boleh lakukan?
Menyalurkan pek makanan iftar & juadah berbuka kepada masyarakat yang kurang berkemampuan
Membantu masjid & pusat tahfiz untuk memperbanyakkan ibadah dan menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan
Memberikan motivasi kepada umat Islam untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah melalui doa dan sedekah

Semoga dengan berkongsi rezeki, kita mendapat keberkatan malam Lailatul Qadar, di mana amal ibadah lebih baik daripada 1,000 bulan!
Jom bersedekah dan gandakan pahala kita! Klik butang sumbangan sekarang!
#SedekahRamadan #10MalamTerakhir #IftarBersama #LailatulQadar
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 01, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 28, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 28, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 28, 2025
NORANIS WARDAH BINTI MOHD MUNAWAR WARDAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 28, 2025