Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM5,820 / 97.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000
261 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum para penyumbang yang dermawan kami dari Tadika Pintar As Soffiyah ingin meringankan beban golongan yang memerlukan dengan memberi barangan asas dapur.
Pada tahun 2021, ASK telah memberikan lebih dari 5 ribu kotak dan bungkusan makanan kepada mereka yang memerlukan yang terdiri daripada asnaf yang memerlukan iaitu yang terdiri dari golongan fakir, miskin, muallaaf, fi sabililah, orang kelainan upaya dan mereka yang terputus bekalanan makanan serta diberhentikan kerja.
Pada tahun 2022, ASK telah mengedarkan lebih 1000 pek dan kotak makanan kepada mereka yang memerlukan. Menerusi pemberian seperti ini, mereka yang memerlukan ini tidak ketinggalan untuk mendapatkan bekalan makanan dan mempunyai makanan untuk diberikan kepada keluarga mereka sehari - hari. Usaha ini akan terus berjalan dan tidak terhenti setakat ini sahaja.
Pemberian ini diadakan berterusan dan tidak terhad kepada bekalanan makanan kering sahaja. Kami mensasarkan seramai 100 penerima untuk program ini beras ini sekitar Kulai, Johor. Melalui program ini pembahagian beras akan disertakan dengan bekalan barang kering menjelang Aidilfitri yang bakal tiba.
Dengan bantuan, sokongan dan pertolongan berterusan dari semua pihak yang menyumbang. Kami akan dapat laksanakan pemberian ini untuk sesi ini. Kami menjangkakan pemberian ini akan diberikan pada bulan April ini.
Dari potongan ayat al-quran: "Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah: 195)
Marilah kita menjadi sebahagian manusia yang dapat memberikan kelebihan dan maafaat buat orang lain yang memerlukan. Ayuh, kita bantu mereka!
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 29, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 29, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 29, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 28, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 28, 2022