Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM365 / 12.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
17 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Kembali menelusuri perjalanan yang membawa kita ke Maahad Alam Tahfiz Qur'an Kolong atau lebih dikenali sebagai Maahad Kolong, tempat yang penuh harapan kepada 106 adik-beradik pelajar yang gigih mengejar impian menjadi penghafaz Al-Quran yang terbaik. Terletak di atas bukit dengan akses yang sukar, perjalanan ke Maahad Kolong adalah perjuangan. Mereka terpaksa melalui jalan kecil berbatu dan berpasir serta menyeberangi sungai.
Di Maahad Kolong, kanak-kanak ini menerima pelajaran agama seperti fiqh, tajwid dan kitab-kitab Islam, sambil menghafaz Al-Quran. Mereka berasal dari pedalaman Nusa Tenggara Timur, daripada keluarga miskin. Ibu bapa mereka merupakan buruh tani dan suri rumah dengan pendapatan harian yang tidak mencukupi. Bagi anak-anak mereka, Maahad Kolong adalah satu-satunya harapan untuk mempelajari Islam. Alhamdulillah, di maahad ini mereka tidak dikenakan sebarang bayaran. Ibu bapa yang berkemampuan boleh menderma beras setiap bulan.
Namun, tak luput juga pengasas dari rintangan operasi harian maahad ini. Apabila stok beras habis, mereka terpaksa meminjam daripada penduduk tempatan yang mempunyai lebih beras bagi memastikan pelajar masih mendapat makanan. Walaupun mereka cuba meminimumkan kos, pelajar di sini sering menjamu selera dengan ikan masin dan nasi. Ini bukan kerana maahad tidak mahu menyediakan makanan yang lebih berkhasiat, tetapi kerana dana yang terhad.
Kesukaran makan dan kelaparan tidak pernah menghentikan semangat pelajar dalam menghafal Al-Quran. Mereka berusaha keras untuk menjadi penghafal Al-Quran yang terbaik dan ingin memuliakan Al-Quran dengan penuh dedikasi dan izzah penghafaz Al-Quran.
Kami menjemput anda semua untuk menyumbang dalam bentuk beras dan makanan berkhasiat yang lain. Dengan sumbangan serendah RM10, anda boleh membantu kami menyediakan beras dan makanan berkhasiat asas untuk pelajar di Maahad Kolong yang berasal dari keluarga miskin.
Dengan bantuan anda, kami percaya kami boleh memberikan harapan dan tenaga kepada pelajar-pelajar ini dalam perjalanan mereka ke arah menghafaz Al-Quran dan menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik. InshaAllah, sama-sama kita dapat merealisasikan impian mereka. Semoga Allah memberikan keberkahan dan pahala yang melimpah kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah ala kulli haal, Tim Asar Humanity kembali menghantarkan makanan asas dn berkhasiat untuk pelajar dan pengasas Maahad di atas bukit. Jarak dari pusat kerajaan kampung dan mukim agak jauh. Akses perjalanan ke maahad pun amat sukar, perlu melalui laluan pejalan kaki dan menyeberangi sungai. Pondok yang berada di atas bukit itu tidak boleh dicapai oleh sebarang kenderaan apabila hujan datang.
Barakallahu fiikum Tuan dan Puan! Bantuan dari disambut luar biasa dari para pengasas dan pelajar maahad. Ucapkan terima kasih dan doa terus mereka sampaikan, bantuan ini sangat membantu meringankan beban mereka dalam memenuhi kebutuhan pangan. mereka berharap bantuan dari penyumbang mendapat keberkahan dari Allah Subhanahu Wata’ala.
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisiNya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 20, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 20, 2023
MOHD IRWAN BIN SUKIRAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 20, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 20, 2023
AHMAD NURUDIN BIN HASHIM
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 20, 2023