ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Oct 19, 2023

SEDEKAH BERAS UNTUK MAAHAD PELAJAR DHUAFA DI ATAS BUKIT

RM365 / 12.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

17 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pelajar maahad berasal dari berkeluarga dhuafa, sering kali tak punya makanan harian. Jom bantu menyara persediaan makanan asas dan berkhasiat untuk mereka!


Kembali menelusuri perjalanan yang membawa kita ke Maahad Alam Tahfiz Qur'an Kolong atau lebih dikenali sebagai Maahad Kolong, tempat yang penuh harapan kepada 106 adik-beradik pelajar yang gigih mengejar impian menjadi penghafaz Al-Quran yang terbaik. Terletak di atas bukit dengan akses yang sukar, perjalanan ke Maahad Kolong adalah perjuangan. Mereka terpaksa melalui jalan kecil berbatu dan berpasir serta menyeberangi sungai.



Di Maahad Kolong, kanak-kanak ini menerima pelajaran agama seperti fiqh, tajwid dan kitab-kitab Islam, sambil menghafaz Al-Quran. Mereka berasal dari pedalaman Nusa Tenggara Timur, daripada keluarga miskin. Ibu bapa mereka merupakan buruh tani dan suri rumah dengan pendapatan harian yang tidak mencukupi. Bagi anak-anak mereka, Maahad Kolong adalah satu-satunya harapan untuk mempelajari Islam. Alhamdulillah, di maahad ini mereka tidak dikenakan sebarang bayaran. Ibu bapa yang berkemampuan boleh menderma beras setiap bulan.



Namun, tak luput juga pengasas dari rintangan operasi harian maahad ini. Apabila stok beras habis, mereka terpaksa meminjam daripada penduduk tempatan yang mempunyai lebih beras bagi memastikan pelajar masih mendapat makanan. Walaupun mereka cuba meminimumkan kos, pelajar di sini sering menjamu selera dengan ikan masin dan nasi. Ini bukan kerana maahad tidak mahu menyediakan makanan yang lebih berkhasiat, tetapi kerana dana yang terhad.



Kesukaran makan dan kelaparan tidak pernah menghentikan semangat pelajar dalam menghafal Al-Quran. Mereka berusaha keras untuk menjadi penghafal Al-Quran yang terbaik dan ingin memuliakan Al-Quran dengan penuh dedikasi dan izzah penghafaz Al-Quran.



Kami menjemput anda semua untuk menyumbang dalam bentuk beras dan makanan berkhasiat yang lain. Dengan sumbangan serendah RM10, anda boleh membantu kami menyediakan beras dan makanan berkhasiat asas untuk pelajar di Maahad Kolong yang berasal dari keluarga miskin.



Dengan bantuan anda, kami percaya kami boleh memberikan harapan dan tenaga kepada pelajar-pelajar ini dalam perjalanan mereka ke arah menghafaz Al-Quran dan menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik. InshaAllah, sama-sama kita dapat merealisasikan impian mereka. Semoga Allah memberikan keberkahan dan pahala yang melimpah kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 20, 2023

MOHD YAKOP IKRAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 20, 2023

SUHAIMI ZOHOR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 20, 2023

Kempen Sumbangan Tamat