Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Sahabat Kebaikan atas bantuan dan sokongan yang diberikan kepada shelter kucing Pak Nathan.
Bantuan yang disalurkan sama ada dalam bentuk makanan kucing atau sumbangan tunai amat kami hargai dan sangat membantu dalam menjaga kebajikan kucing-kucing yang kini berada di bawah jagaan beliau.

Alhamdulillah, dengan sumbangan dan keprihatinan anda semua, banyak kucing yang kini berada dalam keadaan yang lebih sihat dan terurus. Pak Nathan sendiri amat bersyukur dan terharu dengan sokongan yang diterima.
Semoga segala kebaikan yang anda hulurkan dibalas dengan rezeki dan keberkatan yang melimpah ruah. Aamiin Ya Rabb.
Teruskan menyokong usaha ini, kerana setiap bantuan walaupun kecil sangat bermakna buat makhluk kecil yang tidak mampu bersuara ini.