YAYASAN GLOBAL SEDEKAH MOVEMENT

Dimulakan pada Feb 25, 2025

MENYANTUNI KUCING TERBIAR DI BULAN RAMADHAN

RM1,280 / 2.56 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

70 Penyumbang

94 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Mari kita berkongsi kebahagiaan dan kasih sayang di bulan yang penuh berkah ini, dengan memberi sedikit daripada apa yang kita miliki kepada makhluk ciptaan Allah SWT yang memerlukan.


Pada awal tahun 2025, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut bulan Ramadhan yang penuh dengan berkah dan kasih sayang. Selain beribadah, bulan suci ini juga mengajarkan kita untuk berbagi dengan sesama, termasuk makhluk ciptaan Allah yang seperti haiwan, yang sering kali terabai.



Di sudut kota yang sibuk, terdapat sebuah tempat perlindungan kucing yang merawat lebih daripada 200 ekor kucing terbiar. Shelter ini dimiliki oleh Pak Nathan, seorang lelaki berusia 39 tahun yang mempunyai hati nurani untuk melindungi kucing-kucing yang tidak berdosa ini. Kucing-kucing ini datang dari pelbagai tempat, ada yang dibuang di jalanan, ada yang dijumpai di pasar, malah ada yang mengalami kecederaan seperti disiram air panas, buta, atau pincang. Semua kucing ini kini dijaga dan dilindungi di bawah penjagaan Pak Nathan.



Namun, merawat kucing-kucing ini bukanlah perkara yang mudah. Setiap bulan, Pak Nathan mengeluarkan kos antara RM15,000 hingga RM20,000 untuk makanan, perubatan, dan operasi shelter. Untuk menampung kos ini, Pak Nathan hanya bergantung kepada hasil jualan produk miliknya dan perkhidmatan penitipan kucing. Malangnya, kadang kala dana yang ada tidak mencukupi untuk menampung keperluan di shelter.

.


Di bulan Ramadhan yang penuh berkah ini, marilah kita menjadikan momen yang istimewa ini untuk berkongsi rezeki dengan haiwan-haiwan yang memerlukan perhatian dan kasih sayang. Setiap sumbangan yang diberikan akan digunakan untuk menyokong keperluan shelter Pak Nathan dan memberikan rawatan terbaik kepada kucing-kucing terbiar yang ada di sana.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

ROSMAWATI, ZAHARAH, ZAIDAR, NADHIRAH, YASIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 28, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 28, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 28, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 28, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 28, 2025