Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERSATUAN PENDUDUK KAMPUNG RAJA HILIR
Dimulakan pada Feb 13, 2025
RM985 / 98.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM1,000
43 Penyumbang
Kempen Berjaya
Kami ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama menjayakan sumbangan berbuka puasa di masjid-masjid terpilih di Kelantan, dengan harapan tiada yang perlu berbuka dalam kelaparan. Melalui sedikit sumbangan ikhlas dari anda, kita dapat menyediakan juadah berbuka yang lebih baik untuk mereka.

Ramadan tahun lalu, kami telah berjaya memberi sumbangan kepada 6 buah surau dan masjid terpilih di daerah Machang dan Tanah Merah. Semoga tahun ini kita dapat membantu lebih banyak masjid supaya yang berada di pelosok kampung dan selalu terpinggir dari mendapat bantuan dapat merasa pada tahun ini.
Kebanyakan kampung terpencil ini mempunyai masjid atau surau yang sederhana sahaja. Malah, ada yang terlalu uzur dan perlu dibantu. Keadaan atap bocor membiarkan air hujan menitis ke lantai, dinding kayu yang dimamah usia mulai mereput, dan permaidani lusuh yang sudah bertahun-tahun digunakan masih setia menjadi alas sujud.
Tabung masjid dan surau yang ada tidaklah banyak kerana penduduk kampung sendiri hidup dalam serba kekurangan. Justeru, sumbangan anda amatlah diperlukan untuk memberi sedikit sinar kebahagiaan kepada jemaah sekitar. Semoga tiada yang ketinggalan untuk merasa juadah berbuka di bulan Ramadan ini.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Mar 19, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Mar 18, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 17, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Mar 17, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM5.00
Mar 16, 2025