PERSATUAN PENDUDUK KAMPUNG RAJA HILIR

Dimulakan pada Feb 13, 2025

BERSATU BANTU IFTAR RAMADAN DI SURAU KAMPUNG KELANTAN

RM985 / 98.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM1,000

43 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami mengalu-alukan sumbangan dari anda untuk diagihkan kepada masjid dan surau di kampung terpencil. Jangan biarkan mereka berbuka dalam kesedihan, sedangkan kita mampu mengubahnya.


Kami ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama menjayakan sumbangan berbuka puasa di masjid-masjid terpilih di Kelantan, dengan harapan tiada yang perlu berbuka dalam kelaparan. Melalui sedikit sumbangan ikhlas dari anda, kita dapat menyediakan juadah berbuka yang lebih baik untuk mereka.



Ramadan tahun lalu, kami telah berjaya memberi sumbangan kepada 6 buah surau dan masjid terpilih di daerah Machang dan Tanah Merah. Semoga tahun ini kita dapat membantu lebih banyak masjid supaya yang berada di pelosok kampung dan selalu terpinggir dari mendapat bantuan dapat merasa pada tahun ini.



Kebanyakan kampung terpencil ini mempunyai masjid atau surau yang sederhana sahaja. Malah, ada yang terlalu uzur dan perlu dibantu. Keadaan atap bocor membiarkan air hujan menitis ke lantai, dinding kayu yang dimamah usia mulai mereput, dan permaidani lusuh yang sudah bertahun-tahun digunakan masih setia menjadi alas sujud.



Tabung masjid dan surau yang ada tidaklah banyak kerana penduduk kampung sendiri hidup dalam serba kekurangan. Justeru, sumbangan anda amatlah diperlukan untuk memberi sedikit sinar kebahagiaan kepada jemaah sekitar. Semoga tiada yang ketinggalan untuk merasa juadah berbuka di bulan Ramadan ini.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 15, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 15, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 14, 2025

Kempen Sumbangan Tamat