YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Mar 31, 2023

INFAQ SEDEKAH JUMAAT UNTUK BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR TAHFIZ ASNAF

RM3,020 / 100.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

103 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menjayakan program infaq jumaat jamu makan untuk anak-anak yatim asnaf. Semoga sumbangan anda diberi ganjaran oleh Allah SWT.


Sesungguhnya golongan anak yatim perlu disantuni dan disayangi, lebih-lebih lagi sekiranya mereka adalah golongan asnaf yang amat memerlukan bantuan dari kita. Mereka memerlukan kita untuk meneruskan kelangsungan hidup. Bantuan dan sedekah yang disalurkan kepada mereka sudah pasti sangat bermakna untuk mereka.

Bersempena bulan Ramadhan ini, maka pihak Yayasan akan menyalurkan bantuan keperluan dan berbuka puasa. Bantuan ini akan menyasarkan anak-anak tahfiz yang berjumlah 150 orang yang berada di beberapa buah pusat tahfiz persendirian di beberapa kawasan di negeri Johor.



Ziarah kami ke beberapa pusat tahfiz persendirian di sekitar negeri Johor baru-baru ini telah menemui anak-anak tahfiz mempelajari dan menghafaz Al-Quran. Sebahagian mereka adalah anak yatim miskin dan sebahagian lagi adalah anak-anak asnaf. Pusat-pusat tahfiz ini beroperasi dengan bantuan dan derma orang ramai. Di pusat-pusat tahfiz inilah anak-anak belajar, bergaul dan bermesra bersama rakan-rakan dan ustaz serta menjalani kehidupan seharian dengan penuh ukhwah demi mencari redha Allah SWT.


Bulan Ramadhan ialah bulan yang penuh dengan keberkatan dan sebaik-baik bulan. Semua umat Islam baik miskin atau kaya mengejar membuat pahala dengan melakukan amal ibadah dan sedekah jariah. Sabda Rasullah SAW:

"Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun."


Sumbangan infak Ramadhan ini merupakan salah satu inisiatif pihak tahfiz bagi menampung kos perbelanjaan pengurusan berbuka puasa pelajar. Semoga dengan sumbangan Tuan/Puan yang dermawan diberikan keberkatan dalam kehidupan serta dilimpahkan dengan rezeki yang melimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MEOR ROSAZMAN MD IDRIS

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 05, 2023

MUHAMMAD TAUFIK

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 05, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 05, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 05, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 05, 2023

Kempen Sumbangan Tamat