Maahad Tahfiz Ar Ruqaiyah

Dimulakan pada Oct 25, 2022

DANA PEMBINAAN KOMPLEKS TAHFIZ UNTUK ANAK YATIM DAN ASNAF

RM177,274 / 100.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM177,267

8535 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh sama-sama kita meraih pahala jariah ini dengan membantu pelajar asnaf di Maahad Tahfiz Ar-Ruqaiyyah untuk belajar dengan lebih selesa. Ustaz doakan agar para penderma semua dimurahkan rezeki.


Jumlah pelajar kami adalah seramai 35 pelajar lelaki dan 25 pelajar perempuan yang sedang mengikuti pengajian hafazan di sini. Alhamdulillah semenjak penubuhan, maahad kami telah dapat melahirkan 33 orang Huffaz Al-Quran 30 juzuk lelaki dan perempuan.


“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, maka ia menyembunyikan amalnya itu sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”

(Hadis Riwayat Bukhari)



Anak-Anak Tahfiz Bersemangat Nak Jadi Penghafal Al-Quran.


Pelajar tahfiz di sini semangat berusaha bersungguh-sungguh untuk menghafal Al-Quran. Jauh dari sudut hati, dengan kesungguhan mereka ini cubalah anda nilai. Sepatutnya mereka ini sewajarnya diberikan kemudahan tempat belajar yang lebih selesa dan luas seperti tahfiz yang lain.



Keadaan Fasiliti Di Tahfiz Ini Yang Sewajarnya Dibantu Oleh Orang Ramai Untuk Keselesaan Buat Anak-Anak Di Sini.


Buat masa ini pelajar lelaki sedang mengikuti pengajian di bangunan waqaf di atas tanah waqaf MAIS berkeluasan 1 ekar yang mengandungi bangunan surau, kelas dan asrama yang boleh memuatkan sehingga 60 orang pelajar. Bagi pelajar perempuan pula, pihak maahad telah menyewa 1 lot tanah dan rumah yang dijadikan kelas dan asrama pelajar yang boleh menampung seramai 20 orang pelajar tahfiz.



Sebahagian Pelajar-Pelajar Tahfiz Lelaki Dan Perempuan Yang Belajar Di Tahfiz Ini.


Alhamdulillah kami telah diberi tanah wakaf MAIS seluas 2 ekar di Kampung Bukit Kuching, Jeram Selangor iaitu 1KM dari lokasi sekarang dan bercadang untuk membina kompleks tahfiz yang lebih besar dan selesa yang boleh menampung sehingga 300 orang pelajar tahfiz.






Kompleks Tahfiz Ar-Ruqaiyah Yang Kini Dalam Proses Pembinaan. 


Cadangan pembinaan kompleks tahfiz baru kami adalah diatas tanah wakaf Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan pembinaan merangkumi beberapa fasiliti seperti:


1. Masjid

2. Asrama pelajar

3. Kelas pengajian

4. Dewan makan

5. Padang permainan / riadah

6. Rumah guru dan kakitangan


Jadi, dengan anggaran dana yang kami perlukan sekarang iaitu sebanyak RM100,000 mampu memberi impak besar kepada pembinaan kompleks tahfiz di sini.



Keadaan Di Dalam Bangunan Yang Dalam Pembinaan.

Sekarang, pembinaan pejabat pentadbiran serta rumah guru dan kakitangan sedang dijalankan dan seterusnya pembinaan masjid dan asrama pelajar pula akan menyusul pembinaannya selepas ini. Semoga asbab dengan sumbangan anda, kompleks tahfiz ini akan disiapkan secepat mungkin dan anda akan mendapat pahala berterusan selagi mana bangunan Kompleks Tahfiz Ar-Ruqaiyyah ini masih teguh berdiri dan digunakan untuk tujuan yang bermanfaat. 

“Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.”
(Hadis Riwayat Muslim, Ad-Darimi dan Ahmad)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM7.00

Sep 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM5.00

Sep 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM5.00

Sep 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 01, 2023

Kempen Sumbangan Tamat