Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen

Gambar di atas: Hari ini kami juga menyampaikan beberapa barang keperluan rumah untuk keluarga ini. Alhamdulillah, anak-anak ini mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang membantu menyiapkan rumah mereka.
Gambar di atas: Ibu mereka tidak tahan sebak ketika menzahirkan rasa bersyukur dan terima kasih atas sumbangan kita semua. Apabila suami meninggal dibaham buaya, anak-anak beliau terpaksa menjaul arak di pekan untuk sesuap nasi. Melalui The Hugs Project ini, mereka diselematkan dan dibantu. PERKIM BTP juga bergabung dengan projek ini dan bantu membina rumah usang mereka yang sudah hampir nak roboh.
Terkini: Rumah baru yang dibina semula telah boleh diduduki tetapi masih ada beberapa kerja untuk dilaksanakn seperti wiring.
Terima kasih semua penyumbang.

Update 21/2/2025 : Perkembangan terkini pembinaan rumah adik beradik yatim. Masih perlu buat kerja-kerja wiring, cat, membeli peralatan dalam rumah seperti tilam, kipas dan lain-lain. Disebabkan rumah di bina atas laut, kos logistik tinggi sedikit.

Update 18/2/2025 : Alhamdulillah, projek pembinaan rumah adik beradik anak yatim di Lahad Datu (Sabah) berjalan lancar.
Tiada peralatan canggih digunakan kerana kos akan sangat tinggi kerana pembinaan adalah atas air laut. Komuniti ini sudah terbiasa tinggal di atas air seperti ini dan objektif kita adalah bina rumah yang lebih selamat dan selesa tercapai.
Rumah di atas tapak yang sama sebelum ini sudah hampir roboh. Di bawah pula, khususnya waktu malam ada buaya tembaga menunggu mangsa.
Kami akan update dari semasa ke sama projek ini.
Terima kasih atas sumbangan anda semua.
Semoga doa anak-anak yatim ini termakbul untuk para penyumbang pembinaan rumah ini. Aamiin.


Laporan 16/2/2025 : Projek Bina Semula Rumah Untuk Adik Beradik Yatim Lahad Datu
Alhamdulillah, hari ini bermula fasa pertama iaitu kerja-kerja merobohkan rumah usang ini yang tidak lagi selamat diduduki. Setelah dirobohkan, rumah baru akan dibangunkan di atas tapak yang sama atas permintaan anak-anak ini sendiri kerana di situ ibu dan ayahnya membesarkan mereka sebelum ayah mereka dibaham buaya.
Ini adalah kampung air, oleh itu rumah dibina di atas air laut. Namun, di bawah sana itu ada buaya yang mana menjadi risiko kepada pekerja yang meroboh dan membina rumah baru atas air ini.
Perkembangan pembinaan ini akan dikemas kini dari semasa ke sama.