Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM12,068 / 100.57 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM12,000
324 Penyumbang
Kempen Berjaya
Pada usia yang sangat muda, tujuh adik beradik ini telah menjadi yatim piatu. Selain itu, ada yang menjadi anak yatim setelah ayah mereka dibaham buaya.


Mereka adalah antara 52 anak-anak yatim yang dibantu oleh rakan-rakan kerjasama kami di Lahad Datu, Sabah, dengan pendidikan percuma, termasuk pengajian agama. PERKIM BTP telah bersetuju untuk menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim di sini.


Rumah yang didiami oleh anak-anak yatim ini bersama ibu mereka hanyalah sebuah pondok kayu usang yang bakal roboh bila-bila masa. Oleh kerana dibina di atas air (tepi laut), angin kencang dan ombak besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja.

Kami memerlukan RM12,000 sahaja dengan segera untuk membina semula rumah yang lebih selamat dan stabil untuk mereka.

Sokongan anda boleh memberikan mereka tempat yang lebih selamat untuk tinggal. Setiap sumbangan sangat berharga. Derma hari ini dan bantu kami memberikan masa depan yang lebih baik untuk anak-anak ini.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Gambar di atas: Hari ini kami juga menyampaikan beberapa barang keperluan rumah untuk keluarga ini. Alhamdulillah, anak-anak ini mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang membantu menyiapkan rumah mereka.
Gambar di atas: Ibu mereka tidak tahan sebak ketika menzahirkan rasa bersyukur dan terima kasih atas sumbangan kita semua. Apabila suami meninggal dibaham buaya, anak-anak beliau terpaksa menjaul arak di pekan untuk sesuap nasi. Melalui The Hugs Project ini, mereka diselematkan dan dibantu. PERKIM BTP juga bergabung dengan projek ini dan bantu membina rumah usang mereka yang sudah hampir nak roboh.
Terkini: Rumah baru yang dibina semula telah boleh diduduki tetapi masih ada beberapa kerja untuk dilaksanakn seperti wiring.
Terima kasih semua penyumbang.

Update 21/2/2025 : Perkembangan terkini pembinaan rumah adik beradik yatim. Masih perlu buat kerja-kerja wiring, cat, membeli peralatan dalam rumah seperti tilam, kipas dan lain-lain. Disebabkan rumah di bina atas laut, kos logistik tinggi sedikit.

Update 18/2/2025 : Alhamdulillah, projek pembinaan rumah adik beradik anak yatim di Lahad Datu (Sabah) berjalan lancar.
Tiada peralatan canggih digunakan kerana kos akan sangat tinggi kerana pembinaan adalah atas air laut. Komuniti ini sudah terbiasa tinggal di atas air seperti ini dan objektif kita adalah bina rumah yang lebih selamat dan selesa tercapai.
Rumah di atas tapak yang sama sebelum ini sudah hampir roboh. Di bawah pula, khususnya waktu malam ada buaya tembaga menunggu mangsa.
Kami akan update dari semasa ke sama projek ini.
Terima kasih atas sumbangan anda semua.
Semoga doa anak-anak yatim ini termakbul untuk para penyumbang pembinaan rumah ini. Aamiin.


Laporan 16/2/2025 : Projek Bina Semula Rumah Untuk Adik Beradik Yatim Lahad Datu
Alhamdulillah, hari ini bermula fasa pertama iaitu kerja-kerja merobohkan rumah usang ini yang tidak lagi selamat diduduki. Setelah dirobohkan, rumah baru akan dibangunkan di atas tapak yang sama atas permintaan anak-anak ini sendiri kerana di situ ibu dan ayahnya membesarkan mereka sebelum ayah mereka dibaham buaya.
Ini adalah kampung air, oleh itu rumah dibina di atas air laut. Namun, di bawah sana itu ada buaya yang mana menjadi risiko kepada pekerja yang meroboh dan membina rumah baru atas air ini.
Perkembangan pembinaan ini akan dikemas kini dari semasa ke sama.
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 07, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 04, 2025
CYUN
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 04, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 03, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 03, 2025