Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM5,911 / 16.89 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM35,000
215 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Ketibaan Ramadan merupakan masa untuk seluruh umat Islam berjuang menjadi Muslim sebenar demi merebut peluang meningkatkan ibadat seterusnya menambah tahap keimanan.
Terkandung pelbagai kebaikan serta hikmah dalam ibadah puasa, antaranya termasuklah menginsafkan ummah agar dapat memahami erti kesusahan serta erti berlapar kerana tiada makanan. Semoga keinsafan tersebut akan menyemaikan rasa kasih dah ihsan dalam jiwa kita. Seterusnya jiwa kita dapat menghayati kesusahan yang selama ini dialami oleh golongan fakir miskin.
Kesusahan dilalui penduduk yang hanya bekerja ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dengan pendapatan tidak menentu, mencetuskan ilham buat kami untuk meneruskan program menyediakan hidangan berbuka untuk mereka yang memerlukan Ramadan ini.
Inisiatif berkenaan diharap dapat meringankan beban penduduk setempat, terutama mereka dalam kalangan miskin dan anak yatim serta pelajar tahfiz sekitar kawasan itu. Sumbangan yang diterima akan digunakan untuk gotong-royong jamuan berbuka puasa serta mengagihkan makanan siap masak kepada yang uzur dari segi kesihatan dan tidak dapat berbuka bersama. Kami juga akan mengagihkan 1 kurma untuk 1 keluarga supaya makanan sunnah ini tidak dilupakan.
Islam bukan sekadar menetapkan bahawa setiap orang Islam perlu merasai kesusahan yang ditanggung oleh golongan fakir dan miskin dengan berpuasa, malah turut menganjurkan umatnya untuk memperbanyak sedekah pada bulan Ramadan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
NITA MOHSIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 09, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 08, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Apr 08, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 07, 2024
IZWAN EFFENDY
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 07, 2024