Alhamdulillah, kami telah menyampaikan sumbangan yang anda berikan setakat yang telah dikumpulkan dengan mengadakan majlis berbuka puasa bersama pelajar tahfiz.
Seramai 400 orang pelajar tahfiz diraikan dengan juadah berbuka puasa. Kami menyeru agar seluruh rakyat Malaysia sama-sama dapat membantu kami untuk merealisasikan kempen ini dengan jayanya dan dapat memberi makan kepada lebih ramai orang yang memerlukan.
Ramadhan bukan sahaja bulan untuk meningkatkan hubungan dengan Tuhan tetapi juga untuk menghulurkan tangan kepada golongan yang memerlukan.