Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM13,541 / 135.41 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
560 Penyumbang
Kempen Berjaya
Menunaikan ibadah puasa wajib sepanjang bulan suci Ramadan bagi umat Islam yang tiada keuzuran, dapat menyerlahkan falsafah untuk memberi keinsafan mengenai penderitaan lapar dan dahaga ditanggung oleh golongan fakir miskin, termasuk anak-anak yatim.
Justeru, dengan adanya pengajaran daripada hikmah puasa Ramadan dari menahan lapar dan dahaga itu, kami berharap golongan yang mewah dan berkemampuan akan berlumba-lumba untuk menghulurkan sedekah supaya kami dapat mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan pelajar tahfiz serta memberikan kurma, telekung dan kain pelikat bagi menyelami bulan Ramadan dengan lebih baik.
Ada dalam kalangan mereka yang tidak pernah menukar telekung dan kain pelikat sama sekali jika tiada yang membelikan kelengkapan tersebut kepada mereka. Sesungguhnya mereka hanya mampu merasai telekung baru kerana pemberian daripada anda semua yang baik hati ini.
“Mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim, katakanlah; “Mengurus urusan mereka secara patut adalah baik” (QS. Al-Baqarah 2: 220).
Dalam ayat tersebut, Allah menegaskan kepada kita untuk mengurus anak-anak yatim dengan sebaiknya. Besar ganjaran pahala bagi orang yang memuliakan dan menyantuni mereka. Ayuh berikan peluang mereka merasai nikmat berbuka puasa dengan berkongsi sebahagian daripada rezeki anda! InshaaAllah semoga Ramadhan anda tahun ini lebih meriah dengan amal jariah dan balasan pahala oleh Allah SWT.
Kita digalakkan perbanyakkan bersedekah dan membantu golongan memerlukan. Itu antara hikmah dan manfaat puasa Ramadan. Justeru, hikmah dan manfaat ini tidak akan dapat dicapai jika kita hanya fokus kepada menahan lapar dan dahaga selain membazir membeli makanan untuk berbuka.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 09, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 09, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 09, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 09, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 09, 2024