Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memberi lebihan rezeki kepada para penyumbang untuk mereka bersedekah. Dengan hasil sumbangan yang dikumpul dapatlah pihak kami mengadakan jamuan berbuka puasa kepada pelajar tahfiz yang terpilih.
Majlis ini diadakan adalah untuk meraikan anak-anak tahfiz yatim dan juga asnaf dalam menyambut bulan yang penuh dengan kemuliaan ini selain dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kita semua. Semoga ibadah kita semua diberkati oleh Allah SWT.