TADIKA PINTAR AS SOFFIYAH

Dimulakan pada Apr 13, 2022

SEDEKAH BERBUKA PUASA ANAK YATIM ASNAF

RM5,510 / 100.18 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,500

248 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini, kita akan mendapat keberkatan dan dirahmati oleh Allah.


“Siapa yang member makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa." (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Kami mengajak orang ramai untuk bersama meraikan anak-anak yatim dan asnaf di bulan Ramadhan dengan menyediakan makanan untuk mereka berbuka puasa!

“Orang yang berpuasa apabila makan di sisinya orang-orang yang berbuka puasa, nescaya para malaikat berselawat ke atasnya.” (Riwayat al-Tarmizi dan Ibn Majah)


Ramadhan adalah bulan yang kita tunggu-tunggu. Semua amalan kebaikan kita gandakan dan diberikan gadaan oleh Allah. Nabi Muhammad S.A.W bermaksud:

“Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).


Kami akan memberikan makanan kepada anak yatim dan asnaf pada minggu terkahir Ramadan. Ianya akan diadakan di sekitar Johor Bahru dan dianggarkan 250 orang anak yatim dan asnaf akan menerima manfaat dari kempen yang diadakan ini. Ianya akan dapat memberikan sedikit rasa kegembiraan kepada mereka ini. 

Sesungguhnya memperbanyakkan amalan sedekah, tidak kira kecil atau besar, banyak atau sedikit adalah sangat digalakkan terutama dalam bulan Ramadhan kerana pahala bersedekah akan dilipatgandakan tanpa boleh dihitung oleh manusia seperti Firman oleh Allah SWT dalam ayat 261 Surah Al-Baqarah: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini, kita akan mendapat keberkatan dan dirahmati oleh Allah. 


Nabi SAW bersabda: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Semoga semua amalan kebaikan kita dan jariah kita di bulan mulia diangkat oleh Allah SWT dan ditambahkan pahala kebaikan.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 17, 2022

KHAIRUL AMILIN BT TUAN KAMARUDDEN

Menyumbang sebanyak RM20.00

Apr 17, 2022

Kempen Sumbangan Tamat