Assalamualaikum wbt. Muslimin Dan Muslimat yang dikasihi Allah swt pihak Maahad menyeru orang ramai untuk berinfaq dikempen selenggara penapis air maahad adalah untuk menjamin anak-anak tahfiz disini mendapat air minuman bersih berterusan.Ini adalah kerana mesin penapis yang dimiliki maahad adalah perlu diselenggara pada setiap bulan yang mana memerlukan bayaran tertentu untuk selenggara beberapa buah mesin penapis air maahad untuk beroperasi.
Kami membuka peluang infaq kepada orang ramai untuk selenggara penapis air tahfiz yang menempatkan anak-anak yatim dan asnaf yang kurang berkemampuan yang masih memerlukan dana infaq..
Penapis air yang bersih sangat penting untuk menjamin:
Kesihatan anak-anak tahfiz ,Menjaga kebersihan dan mutu minuman dan Mengelakkan penyakit bawaan air.
Bayangkan setiap titis air bersih yang diminum anak-anak tahfiz ini menjadi pahala berterusan buat anda. Inilah peluang sedekah jariah yang mudah, murah dan memberi impak besar.
Hadis Nabi saw.
“Air adalah sedekah yang paling baik.”
(HR. Abu Daud)