𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇 𝟓𝟎 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐂𝐀𝐊𝐍𝐀 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐈𝐍𝐒𝐘𝐈𝐑𝐀𝐇
.
BANGI, Selasa - Alhamdulillah sepanjang dua hari pada hujung minggu lepas telah berlangsungnya Program Cakna Solat bagi siri yang pertama. Program ini telah dilangsungkan di Darul Insyirah Aisyah, Bangi Golf Resort.
.
Program ini telah dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Hasnan Kasan yang juga merupakan Pensyarah Kanan UKM (Usul Fiqh & Maqasid Syariah, Tamadun & Pemikiran Islam).
.
Siapa sangka program yang berlangsung pada hujung minggu itu turut dihadiri penuh oleh lebih 50 orang peserta. Pelbagai input baru yang telah diterima dan respon positif daripada para peserta terutamanya dalam memperbaiki praktikal wuduk dan ibadah solat seharian.
.
Firman Allah swt dalam Surah Al-Ankabut,
اُتْلُ مَآ اُوْحِيَ اِلَيْكَ مِنَ الْكِتٰبِ وَاَقِمِ الصَّلٰوةَۗ اِنَّ الصَّلٰوةَ تَنْهٰى عَنِ الْفَحْشَاۤءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللّٰهِ اَكْبَرُ وَاللّٰهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ
45. Bacalah Kitab (Al-Qur'an) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah salat. Sesungguhnya salat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingat Allah (salat) itu lebih besar (keutamaannya dari ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
.
Teringat satu pesanan bahawa,,
"Orang yang memperbaiki solatnya dia sedang memperbaiki hidupnya, orang yang memperbaiki hidupnya, dia sedang memperbaiki akhiratnya, orang yang memperbaiki akhiratnya, dia sedang menuju jalan ke syurga.
Subhanallah, siapa yang tak nak masuk ke Syurga bukan?
.
Dengan itu marilah kita sama-sama mulakan hidup kita dengan memperbaiki amal solat kita. Ingatlah bersama bahawa ibadah solat merupakan amal pertama yang akan dihisab di akhirat nanti. Dengan respon positif yang diterima, insyaAllah kami di Darul Insyirah berminat untuk menganjurkan lagi program sebegini pada masa akan datang.