Assalamualaikum,
Segala puji bagi Allah, tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW.
Alhamdulilah, kempen yang kami jalankan ini berjaya mengutip sumbangan yang diperlukan namun sokongan tuan/puan masih lagi diperlukan untuk membina lebih banyak lagi telaga di sana, Projek akan bermula seawal bulan Mac 2025 sebaik sahaja musim kering bermula.
Penggalian molek dilakukan semasa musim kering untuk memastikan aras air yang mencukupi untuk kegunaan semua baik di waktu tengkujuh mahupun kemarau.
Layari laman Facebook kami Cambodia Care: Iltizam Relief Society untuk maklumat-maklumat terkini tentang aktiviti kami di sana.