Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, terima kasih di atas sumbangan semua. Pihak kami amat berbesar hati di atas usaha dan sokongan yang telah diberikan.
Untuk kempen ini, pihak kami hanya mencapai jumlah bersih kutipan sebanyak RM201.00 dan masih terus berusaha untuk mendapatkan dana bagi membiayai aktiviti kami.
Usaha ini akan diteruskan dari masa ke semasa atas niat dan matlamat yang sama. Sekali lagi terima kasih kami ucapankan di atas kebaikan semua.