Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM280 / 3.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000
18 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Apa yang sedang berlaku di Palestin hari ini bukan sekadar krisis, ianya mimpi ngeri yang tiada penghujung. Setiap hari, ribuan rakyat Palestin di kem pelarian terpaksa memilih antara kelaparan dan kesakitan. Anak-anak kecil tidur dalam kelaparan, wanita menangis kerana tidak mampu menyuapkan makanan ke mulut anak mereka, dan warga emas rebah dalam keletihan kerana terlalu lapar.
ASAR Humanity telah dan akan terus menyalurkan bantuan ke Palestin. Namun, kami akui, usaha ini bukan mudah. Menghantar bantuan ke kem pelarian adalah satu cabaran besar, banyak halangan dan sekatan yang perlu ditempuh. Tetapi demi nyawa mereka, kami tidak akan berhenti. Salah satu inisiatif penting yang kami jalankan ialah Dapur Kecemasan Palestin, menyediakan makanan panas untuk mereka yang sudah terlalu lama hidup dengan makanan kering atau tiada makanan langsung.

1. Menyediakan makanan panas setiap hari untuk keluarga pelarian
2. Menyalurkan bahan mentah dan peralatan dapur untuk dapur kecemasan
3. Membekalkan makanan berzat kepada anak-anak, ibu hamil dan warga emas
RM20 boleh menyediakan satu hidangan untuk satu keluarga. Bayangkan bagaimana satu sumbangan kecil boleh menjadi penyelamat buat mereka yang kelaparan. Sabda Rasulullah SAW:
"Tidak beriman seseorang itu jika dia tidur dalam keadaan kenyang, sedangkan jirannya kelaparan."
(Hadis Riwayat al-Hakim)

Hari ini, jiran kita bukan hanya yang bersebelahan rumah, tetapi mereka yang berkongsi agama, tanah suci, dan perjuangan. Mari kita jadi sebahagian daripada penyelesaian. Jangan biarkan mereka terus kelaparan dan hilang harapan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Saudara seiman yang dirahmati Allah,
Walaupun telah diumumkan gencatan senjata pada 20 Oktober 2025, realiti yang sedang berlaku di Gaza Strip menunjukkan bahawa derita rakyat Palestin masih berlanjutan dan semakin memburuk.

Kenapa Kita Tidak Boleh Berhenti?
1. Ribuan keluarga masih hidup dalam khemah atau bangunan rosak, dengan bekalan makanan asas dan air bersih yang sangat terhad.
2. Kanak-kanak menghadapi ancaman kelaparan dan malnutrisi yang teruk, manakala sistem kesihatan hampir lumpuh.
3. Setiap hari yang berlalu tanpa tindakan adalah satu hari lagi penderitaan mereka yang tidak berdosa.

ASAR Humanity kekal komited untuk terus menghantar bantuan makanan panas, stok makanan serta keperluan asas ke dalam kem pengungsian Palestin. Bukan sekadar untuk menjaga mereka hidup, tetapi menjaga harapan mereka untuk hidup layak dan bermaruah.
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam dosa dan permusuhan.” (Surah Al-Ma’idah: 2)

Mari kita berdiri bersama saudara-saudara kita di Gaza. Setiap sen sedekah, setiap doa dan setiap perkongsian — adalah suara keadilan yang tidak akan padam.
Kita tidak akan berhenti, selagi tangisan anak-anak Palestin masih terdengar.
Semoga Allah SWT menerima amal kita semua.
#SelamanyaJagaPalestina

Dua Tahun Genosid di Palestin, Kita Tidak Akan Berhenti!
Sudah dua tahun Palestin menanggung derita akibat genosid. Sejak Oktober 2023, lebih 65,000 nyawa terkorban dan 165,000 cedera, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. Hospital hancur, bekalan makanan dan air makin berkurang, dan dunia terus menyaksikan penderitaan tanpa henti.
Namun di tengah kezaliman ini, rakyat Palestin tetap teguh.
Dan kita juga tidak boleh berhenti.
ASAR Humanity terus menghantar bantuan makanan, air bersih dan ubatan untuk mereka yang bertahan di tengah puing dan kelaparan.
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam kebaikan dan takwa…” (Al-Ma’idah: 2)
Setiap doa, setiap sedekah, setiap langkah kecil anda, adalah tanda kita bersama Palestin.
Mari terus berjuang hingga tangisan terakhir di Gaza berganti dengan senyuman anak-anak.
#SelamanyaJagaPalestina
#BantuGazaNow
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 24, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 22, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 08, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 18, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 12, 2025