ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jul 14, 2025

SEDEKAH SOKONG DAPUR KECEMASAN DI KEM PELARIAN PALESTIN

RM280 / 3.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000

18 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh, bersama ASAR Humanity, kita panaskan dapur Palestin, kita hangatkan semangat mereka. Setiap rezeki yang kita ada hari ini, bukan semata-mata milik kita, ada bahagian saudara kita.


Apa yang sedang berlaku di Palestin hari ini bukan sekadar krisis, ianya mimpi ngeri yang tiada penghujung. Setiap hari, ribuan rakyat Palestin di kem pelarian terpaksa memilih antara kelaparan dan kesakitan. Anak-anak kecil tidur dalam kelaparan, wanita menangis kerana tidak mampu menyuapkan makanan ke mulut anak mereka, dan warga emas rebah dalam keletihan kerana terlalu lapar.



ASAR Humanity telah dan akan terus menyalurkan bantuan ke Palestin. Namun, kami akui, usaha ini bukan mudah. Menghantar bantuan ke kem pelarian adalah satu cabaran besar, banyak halangan dan sekatan yang perlu ditempuh. Tetapi demi nyawa mereka, kami tidak akan berhenti. Salah satu inisiatif penting yang kami jalankan ialah Dapur Kecemasan Palestin, menyediakan makanan panas untuk mereka yang sudah terlalu lama hidup dengan makanan kering atau tiada makanan langsung.



Melalui kempen ini, kami ingin mengajak anda menyertai usaha kemanusiaan ini:

1. Menyediakan makanan panas setiap hari untuk keluarga pelarian

2. Menyalurkan bahan mentah dan peralatan dapur untuk dapur kecemasan

3. Membekalkan makanan berzat kepada anak-anak, ibu hamil dan warga emas


RM20 boleh menyediakan satu hidangan untuk satu keluarga. Bayangkan bagaimana satu sumbangan kecil boleh menjadi penyelamat buat mereka yang kelaparan. Sabda Rasulullah SAW:


"Tidak beriman seseorang itu jika dia tidur dalam keadaan kenyang, sedangkan jirannya kelaparan."

(Hadis Riwayat al-Hakim)



Hari ini, jiran kita bukan hanya yang bersebelahan rumah, tetapi mereka yang berkongsi agama, tanah suci, dan perjuangan. Mari kita jadi sebahagian daripada penyelesaian. Jangan biarkan mereka terus kelaparan dan hilang harapan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 15, 2025

MUHAMMAD SAUFI BIN KAMALUDIN

Menyumbang sebanyak RM30.00

Jul 15, 2025

HAMIDA BINTE MOHAMED YUSOFF

Menyumbang sebanyak RM30.00

Jul 15, 2025

Kempen Sumbangan Tamat