Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Dimulakan pada Jan 24, 2022
RM4,440 / 111.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000
206 Penyumbang
Kempen Berjaya
Innalillahi wainna ilaihirojiun. Alangkah pilunya hati apabila sebuah pangilan telefon yang diterima merupakan panggilan yang menghibakan apabila diberitahu bahawa kediaman yang menjadi tempat berlindung bersama ibu,ayah dan adiknya di sambar api yang sedang marak. Bergegas ke sana yang tinggal hanyalah kenangan yang hanya kekal di minda bukan lagi di hadapan mata. Syukur tiada kemalangan jiwa yang berlaku hanya runtutan hati yang hancur berkecai melihat ibu yang tidak sihat hampir pitam melihat rumahnya dijilat api dan juga ayahnya yang sepatutnya menjalani pembedahan mata nya 25 Januari ini.
Rumah terbakar hampir 90% malam Sabtu yang lalu. Alhamdulillah ketika kejadian tiada penghuni di dalam rumah. Kerugian melibatkan bukan hanya harta di dunia bahkan harta akhirat iaitu sekotak Al-Quran dan sekotak Yasin yang sudah siap sedia untuk diedar dan di infaqkan juga hangus dijilat api yang marak. Dalam satu kelipan mata mereka menjadi terkapai-kapai tanpa pakaian, tempat berteduh dan berlindung. Rumah mereka juga tidak dilindungi insurans kerana sudah habis di bayar 6 tahun yang lepas.
Kami dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia sendiri berada di tempat kejadian menyaksikan kejadian ini. Kami yakin ramai rakyat Malaysia yang juga tersentuh hatinya seperti kami apabila melihat dan mendengar ujian keluarga ini. Mereka perlukan sokongan kita untuk mendapatkan kembali semangat yang hilang. Marilah kita menjadi sebahagian keluarga Malaysia yang membantu mereka dalam proses pemulihan ini. “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” - Hadis riwayat Muslim
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
SITI KHAMISAH MD HASSAN
Menyumbang sebanyak RM25.00
Feb 08, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 07, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 06, 2022
NAZRI BIN MOHD NOOR
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 05, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Feb 04, 2022