Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Pada hari Isnin, 30 Jun yang lalu, pihak YAMM telah menjalankan aktiviti membersih dan mengemas kawasan sekitar premis di Pusat Operasi Desa UNAIS Yayasan YAMM yang terletak di Kg Parit Hj Salam, Simpang Renggam, Kluang, Johor. Usaha ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kecil YAMM untuk menjadikan pusat ini lebih selesa dan teratur bagi kegunaan komuniti.


Namun begitu, pihak kami masih berdepan beberapa kekurangan kemudahan asas. Antara yang diperlukan pada ketika ini ialah pembinaan awning di bahagian hadapan premis. Bumbung sengkuap tambahan ini amat penting bagi kegunaan pelbagai, antaranya untuk mengelakkan tempias hujan, dijadikan tempat istirahat dan santai, garaj kenderaan serta ruang untuk menjamu jemaah dalam kapasiti sederhana.
Sehubungan itu, kami ingin memohon sumbangan ikhlas daripada tuan/puan agar dapat membantu merealisasikan pembinaan ini. Sumbangan tuan/puan, walau sedikit, amat besar ertinya buat kami dan bakal memberikan manfaat kepada ramai pihak dalam jangka masa panjang. Semoga segala kebaikan yang disumbangkan menjadi bekalan pahala yang berterusan, insya-Allah.
Majlis taklimat diadakan buat khariah wanita setempat sempena pengumuman pembukaan penempatan warga emas di kampung Parit Haji Salam Simpang Renggam, Kluang Johor.




Baru-baru ini, pihak YAMM telah berkunjung ke Desa UNAIS bagi meninjau perkembangan terkini di sini. Alhamdulillah, hasil daripada sumbangan insan-insan berhati mulia, tambahan atap telah berjaya dibina, memberikan sedikit keselesaan kepada penghuni rumah warga emas.


Namun, keperluan di Desa UNAIS masih belum mencukupi. Kini, pihak UNAIS sangat memerlukan lebih banyak sumbangan bagi membina bangunan tambahan demi menampung keperluan warga emas yang semakin meningkat.
Kami menyeru kepada semua yang berkemampuan untuk bersama menghulurkan bantuan, agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa dan bermaruah.
“Sedekah itu tidak akan mengurangi harta, malah akan melipatgandakan keberkatan.” (Hadis Riwayat Muslim)
Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang mengalir pahalanya hingga ke akhirat.
Perkembangan terkini
JVB edang meratakan tapak pakir dan khemah menjelang puasa.
Papan-Tanda telah dipasang utk Info kepada masyarakat setempat & untuk pendaftaran.Persekitaran rumah telah dibersihkan.



Bersama masyarakat setempat membersihkan kawasan,mendirikan papantanda & penghalang keselamatan .Insyallah.
Berikut adalah perkembangan rumah warga emas di Desa Unais





