Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM2,385 / 79.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
76 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Gempa bumi bermagnitud 5.6 menggegarkan Cianjur, di Jawa Barat, Indonesia. Gempa itu berpusat 10km barat daya Kabupaten Cianjur, turut dirasai di kawasan Sukabumi, Bogor, Jakarta dan Bandung. Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik melaporkan bahawa gempa bumi itu tidak berpotensi tsunami tetapi data terkini menunjukkan gegaran susulan masih berlaku. Sampai saat ini 268 orang maut dan 151 orang masih dalam pencarian selepas dinyatakan hilang. Begitu pula ratusan cedera akibat tertimpa reruntuhan gempa.
Innalillahi wainna ilaihi raajiun,
Bencana ini merosakkan kemudahan bangunan kerajaan tempatan, sekolah dan tempat ibadat. Sekurang-kurangnya 3,314 rumah penduduk hancur teruk mengakibatkan mangsa cedera terjatuh akibat dihempap runtuhan. Seramai 13,784 orang melarikan diri untuk mencari tempat yang lebih selamat. Antara mangsa cedera dan trauma adalah kepada warga emas dan kanak-kanak kecil. Mereka membina beberapa kem pemindahan berhampiran rumah mereka tanpa bumbung dan penutup. Hal ini kerana tiada jaminan selamat jika kembali ke rumah. Mereka juga masih terasa trauma saat goncangan itu terjadi.
Pasukan Asar Humanity segera dikerahkan ke lokasi bencana bagi menjalankan penyelamatan dan pengagihan bantuan kecemasan seperti makanan sedia dimakan, air minuman, perkhidmatan kesihatan dan ubat-ubatan. Dilaporkan bahawa hospital awam itu sesak dengan pesakit. Tambahan pula, orang di luar sana masih memerlukan penyelamatan dan pemindahan. Sebuah sekolah Islam terjejas, bekalan elektrik terputus akibat bencana itu. Di tengah-tengah kegelapan, semua pelajar dipindahkan.
Tuan dan Puan yang dikasihi, saudara-saudari kita memerlukan doa dan pertolongan kita. Pada masa ini bantuan segera yang diperlukan ialah:
1. Khemah untuk berteduh
2, Tilam tidur dan selimut
3. Makanan siap masak
4. Air minuman bersih
5. Lampu dan bateri
6. Perkhidmatan perubatan
7. Kain kafan untuk jenazah
Tuan dan Puan, kami tidak bisa melanjutkan penyelamatan dan distribusi bantuan ini tanpa bantuan dari anda. Bantuan dari anda sangat berarti. Kami tidak menghitung jumlah sumbangan anda. Mari bantu mereka dengan menghantar bantuan kecemasan supaya mereka dapat bertahan. Semoga Allah memberikan keberkahan dan pahala yang melimpah kepada Tuan/Puan serta keluarga.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Ayuh, jadikan setiap pagi peluang untuk melabur dunia akhirat. Bukalah pintu kebaikan, luaskan amal dengan niat yang ikhlas. Sokong perbuatan baik, dan saksikan keberkatannya dalam hidup kita. Kami tidak pernah jemu mengingatkan anda tentang amalan soleh ini.
Bagaimana cara belajar untuk istiqomah melakukannya?
Salah satu cara anda boleh melakukannya ialah melalui Sumbangan.com dan Asar Humanity.
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan,
3 hari terakhir di bulan Muharram, jangan sampai terlepas melakukan amalan shalih di bulan haram awal tahun baru 1445 Hijrah ini, karena untuk bulan haram selanjutnya kita harus menunggu 4 bulan hadapan iaitu pada bulan Rejab.
Sedekah dan infaq Muharram melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Kampung Cilengsi Kampung Sukajaya, Cugenang merupakan satu di antara kampung yang terjejas akibat gempa bumi. Di mana penduduk masih tinggal di khemah pelarian. Pasukan Asar Humanity menuju ke lokasi pada pukul 11.00 WIB menggunakan kereta pikap, perjalanan ke lokasi itu lebih kurang 40 minit dari pos Asar Humanity. Pemandangan di sana sangat cantik tetapi banyak bangunan yang rosak.
Sebelum ini pasukan Asar Humanity telah melawat lokasi untuk mendapatkan data penduduk. Keadaan khemahnya teruk, jika hujan dia terpaksa merasai kebocoran dari pelbagai sudut khemahnya dan tiada tikar untuk tidur. Hari itu pasukan Asar Humanity mengagihkan 5 kasur tilam, 2 terpal, 7 dos air minum mineral dan 10 selimut.
Ncik Ade dan keluarga adalah salah satu yang rumahnya hantur teruk, tak ada sisa. Ncik Ade sekeluarga sangat gembira kerana bantuan ini sangat membantu dan berguna untuknya. “Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak kerana tilam dan kain terpal, saya sekeluarga dapat membetulkan khemah dan dapat tidur dengan lebih lena walaupun masih berada di dalam khemah sementara, saya amat berterima kasih di atas kebaikan para penderma yang telah memperhatikan kami di Cianjur,”
Terima kasih Pahlawan Kebaikan, sumbangan dari anda telah memberikan kebahagiaan untuk mangsa terjejas gempa Cianjur. Semoga Allah memberikan pahala dan keberkahan kepada anda dan keluarga. InshaAllah kebahagiaan itu akan kembali kepada anda. Aamiin
Bantu program kemanusiaan Asar Humanity lainnya melalui tautan di bawah ini.
Program Kemanusiaan Asar Humanity lainnya
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Semoga tuan-tuan dan puan-puan sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT dalam menjalankan segala aktiviti, aamiin
Sebelum ini kami ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan yang telah membantu penduduk yang terjejas gempa bumi Cianjur dalam bentuk pakej makanan. Di mana derma pada laman kempen ini telah digabungkan dengan kempen lain untuk memberikan manfaat yang lebih luas.
Dan alhamdulillah, pada bulan Januari 2023 ini, pasukan Asar Humanity menyampaikan amanat dari tuan-tuan dan puan-puan dalam bentuk pakej makanan kepada 195 penduduk yang terkena dampak gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, Indonesia, dan 30 pakej makanan kepada pejuang keluarga. Sehingga jumlah warga yang menerima manfaat daripada tuan-tuan dan puan-puan adalah seramai 225 orang.
Ketersediaan pakej makanan sedia untuk dimakan amat membantu dalam memenuhi keperluan makanan para penerima manfaat dan dapat menghilangkan rasa lapar mereka. Mereka mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan atas kebaikan yang telah tuan-tuan dan puan-puan berikan di tengah keadaan sukar yang mereka hadapi, terutama mangsa-mangsa gempa bumi Cianjur. Puncanya, sudah lebih sebulan mereka tinggal di pemindahan kerana rumah yang mereka diami sebelum ini rosak akibat gempa bumi bermagnitud 5.6 yang menggegarkan kawasan Cianjur pada November 2022. Teringat hadis berikut yang diriwayatkan oleh Thabrani:
"Sesungguhnya sebaik-baik kamu ialah yang memberi makan." (Riwayat Thabrani).
Merujuk kepada hadis tersebut, inshaAllah tuan-tuan dan puan-puan termasuk dalam golongan yang hamba yang terbaik kerana telah memberi makanan kepada mereka yang memerlukan. Semoga dengan kebaikan tuan-tuan dan puan-puan ini dapat menjadi washilah terkabulnya hajat tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga dan semoga Allah SWT sentiasa melindungi tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga dari segala bahaya, aamiin yaa rabbal 'aalamiin.
Dan untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Jazakumullahu khairan, Wassaalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Nov 23, 2022