ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Nov 22, 2022

INFAQ BANTUAN ASAS BENCANA GEMPA BUMI CIANJUR INDONESIA

RM2,385 / 79.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

76 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Gempa Magnitud 5.6 di Cianjur Membawa Maut. Kerosakan semakin teruk! Mari hantar bantuan kepada mangsa yang terjejas.


Gempa bumi bermagnitud 5.6 menggegarkan Cianjur, di Jawa Barat, Indonesia. Gempa itu berpusat 10km barat daya Kabupaten Cianjur, turut dirasai di kawasan Sukabumi, Bogor, Jakarta dan Bandung. Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik melaporkan bahawa gempa bumi itu tidak berpotensi tsunami tetapi data terkini menunjukkan gegaran susulan masih berlaku. Sampai saat ini 268 orang maut dan 151 orang masih dalam pencarian selepas dinyatakan hilang. Begitu pula ratusan cedera akibat tertimpa reruntuhan gempa.


Innalillahi wainna ilaihi raajiun,


Bencana ini merosakkan kemudahan bangunan kerajaan tempatan, sekolah dan tempat ibadat. Sekurang-kurangnya 3,314 rumah penduduk hancur teruk mengakibatkan mangsa cedera terjatuh akibat dihempap ​​runtuhan. Seramai 13,784 orang melarikan diri untuk mencari tempat yang lebih selamat. Antara mangsa cedera dan trauma adalah kepada warga emas dan kanak-kanak kecil. Mereka membina beberapa kem pemindahan berhampiran rumah mereka tanpa bumbung dan penutup. Hal ini kerana tiada jaminan selamat jika kembali ke rumah. Mereka juga masih terasa trauma saat goncangan itu terjadi.



Pasukan Asar Humanity segera dikerahkan ke lokasi bencana bagi menjalankan penyelamatan dan pengagihan bantuan kecemasan seperti makanan sedia dimakan, air minuman, perkhidmatan kesihatan dan ubat-ubatan. Dilaporkan bahawa hospital awam itu sesak dengan pesakit. Tambahan pula, orang di luar sana masih memerlukan penyelamatan dan pemindahan. Sebuah sekolah Islam terjejas, bekalan elektrik terputus akibat bencana itu. Di tengah-tengah kegelapan, semua pelajar dipindahkan.







Tuan dan Puan yang dikasihi, saudara-saudari kita memerlukan doa dan pertolongan kita. Pada masa ini bantuan segera yang diperlukan ialah:


1. Khemah untuk berteduh

2, Tilam tidur dan selimut

3. Makanan siap masak

4. Air minuman bersih

5. Lampu dan bateri

6. Perkhidmatan perubatan

7. Kain kafan untuk jenazah






Tuan dan Puan, kami tidak bisa melanjutkan penyelamatan dan distribusi bantuan ini tanpa bantuan dari anda. Bantuan dari anda sangat berarti. Kami tidak menghitung jumlah sumbangan anda. Mari bantu mereka dengan menghantar bantuan kecemasan supaya mereka dapat bertahan. Semoga Allah memberikan keberkahan dan pahala yang melimpah kepada Tuan/Puan serta keluarga. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 02, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 02, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 02, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 02, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM500.00

Dec 02, 2022

Kempen Sumbangan Tamat