Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,405 / 7.03 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000
66 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Sedang orang lain bersiap menyambut Aidilfitri dengan kegembiraan, ada ibu-ibu tunggal yang baru kehilangan suami sama ada kerana kematian atau perceraian yang harus bergelut untuk meneruskan kehidupan.


Mereka tiba-tiba kehilangan punca pendapatan, perlu membesarkan dan menyekolahkan anak-anak, serta mencari tempat tinggal baru dalam keadaan baru yang amat mencabar. Lebih teruk lagi ada dikalangan mereka yang tidak mampu mencari rezeki kerana telantar sakit.


Kami menyasarkan untuk membantu 20 ibu tunggal di sekitar Shah Alam dengan sumbangan RM1,000 seorang dalam tempoh 2 bulan. Dana sebanyak RM20,000 diperlukan untuk memastikan mereka tidak terabai. Sedikit sebanyak bantuan kecil dapat membantu para ibu tunggal untuk membangunkan perniagaan kecil-kecilan bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Setiap ringgit yang anda hulurkan akan menjadi sinar harapan bagi mereka dan anak-anak mereka. Jom bersama-sama meringankan beban mereka dalam bulan yang penuh keberkatan ini.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 13, 2025