USAHA MEMBANTU SAUDARA KITA YANG DILANDA MUSIBAH

RM1,970 / 19.70 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

81 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mari kita membantu Sdr Yusuf yang dilanda musibah, terpaksa dipotong kaki dan dipaksa berpindah.

إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ


Maksudnya: "Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan."

(Surah al-Baqarah: 271)


JOM BANTU KAMI UNTUK BANTU SAUDARA YUSUF


Pandemik Covid-19 dan PKP yang dilaksanakan sememangnya memberi banyak kesan kepada kita. Ramai yang terus diuji dengan kehilangan pekerjaan, terpaksa menutup peniagaan dan lebih sedih lagi ada yang diuji dengan penyakit yang membataskan pergerakan dan seterusnya hilang sumber pendapatan.


Bagi Sdr Yusuf, ibarat hilang segala-galanya apabila kakinya terpaksa dipotong baru-baru ini. 


Beliau disahkan mengidap penyakit kencing manis yg kronik ( menyebabkan kaki kanan terpaksa dipotong ), kerosakan buah pinggang dan darah tinggi yg kronik. Keadaan ini menyebabkan isteri beliau terpaksa berhenti kerja untuk  menumpu perhatian menjaganya.


 Keluarga ini terpaksa meneruskan kelansungan hidup dengan bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ), Lembaga Zakat Negeri Kedah ( LZNK ) dan ihsan orang ramai.


Mempunyai 5 cahayamata, dan anak bongsu pula mengidap Thalasemia. Mujur ada anak yang rajin membantu meringankan beban keluarga walaupun masih bersekolah.


Ibarat jatuh ditimpa tangga, keluarga ini telah menerima perintah mahkamah untuk mengosongkan rumah dan berpindah ke tempat lain.


Sehingga hari ini, Sdr Yusuf masih tidak tahu hendak berpindah kemana, apatah lagi untuk berpindah bukan memerlukan belanja yg sedikit.


IKRAR BANTU menyeru kita bersama-sama meringankan beban keluarga ini dengan turut sama menyumbang kepada Sdr Yusuf dan keluarga.


 Bantuan yang diperlukan adalah wang tunai untuk :


1. Kos perubatan dari semasa ke semasa

2. Kos belanja seharian

3. Kos untuk berpindah


Boleh hubungi no di bawah utk sumbangan :


www.wassap.my/601116941186

www.wassap.my/60124696964

www.wassap.my/60133107121


Link facebook :


https://www.facebook.com/ikrar.bantu/


Sebarang sumbangan ikhlas adalah sangat diharapkan.


TERIMA KASIH.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 20, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 20, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 20, 2021

FAYYADH HAMZAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 20, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 20, 2021

Kempen Sumbangan Tamat