Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
KHAMIS • 28 APRIL 2022
PROGRAM PEMBERIAN KIT RAMADHAN KEPADA 3 BUAH RUMAH ANAK YATIM
1.Nur Hati Ampang Pertubuhan Anak Yatim
2.Afika footballer
Alhamdulillah bersyukur kita dengan keizinan Allah SWT. Pada 10 April 2022 (Ahad) sumbangan dari Kempen Infaq Rezeki Fasa 2 telah berjaya diagihkan di Maran. Pahang. Sumbangan kali ini diagihkan di Pusat tahfiz, rumah orang buta dan penduduk kampung sekitar Maran. Hasil kerjasama pihak PPIM dan sumbangan.com ini diharap dapat meringankan penduduk kampung di kawasan tersebut.
Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik amal adalah memberi makan (kepada fakir miskin dan anak yatim) dan memberi salam kepada orang yang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenal.”
(Riwayat Bukhari,Muslim dan Nasa’i)
Sememangnya amalan bersedekah ini merupakan amalan mulia yang terpuji dan sangat dianjurkan di dalam Islam. Bersedekah ini dapat mewujudkan keberkatan dalam harta yang dimiliki, menanamkan rasa keinsafan dan tanggungjawab serta dapat mengeratkan silaturahim sesama manusia.
Di bawah ini, kami lampirkan beberapa gambar hasil pengagihan sumbangan semua dermawan yang menyumbang. Terima kasih kepada semua penyumbang dan hanya Allah yang dapat merahmati dan memakbulkan doa-doa kalian.
Jom teruskan menyumbang dan membantu saudara kita di sumbangan.com.
Jom #BuatBaik di sumbangan.com!
Alhamdulillah! Sebanyak 60 Kotak Infaq Rezeki telah berjaya disumbangkan kepada penghulu sebuah perkampungan orang asli di Jerantut, Pahang yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini.