Assalamu’alaikum para penderma,
Alhamdulillah!
ACT telah berjaya membina telaga wakaf di Madrasah Ibtidaiyah (MI) Fastabiqul Khoirot, Desa Munggu, Kabupaten Bangka melalui dana campaign kolektif ACT. Telaga ini sangat diperlukan sebagai sumber utama air bersih untuk memudahkan 250 pelajar di ma’had ini menjalankan aktiviti belajar dan ibadah.
Terimakasih kami ucapkan atas derma daripada masyarakat Malaysia melalui sumbangan.com untuk projek pembinaan infaq telaga (sumur), dan tandas di Madrasah Ibtidaiyah (MI) Fastabiqul Khoirot, Desa Munggu, Kabupaten Bangka.
Selain untuk telaga di atas, sumbangan daripada kempen ini juga diperuntukkan untuk menyokong pembinaan telaga wakaf yang lain. Salah satunya ialah telaga wakaf di Ma'had Darul Hikmah Al-Hidayo.
Pembinaan telaga, tempat wuduk dan tandas di Darul Hikmah Al-Hidayo, kampung Silatong, Simpang Kanan, kawasan Aceh Singkil ini dapat dicapai dengan sokongan daripada para penyumbang melalui kempen di sumbangan.com. Telaga (sumur) ini digunakan untuk beribadat kepada 120 pelajar dan juga untuk keperluan harian penduduk setempat.
Terima kasih atas sokongan Anda yang senantiasa memudahkan saudara sesama muslim di Indonesia dengan pelbagai bantuan kemanusiaan.
Doa ikhlas dari kami, semoga Allah memberi keberkatan, kemudahan, dan rezeki yang lancar kepada para penderma, Aamiin ya Rabb. Jazakumullah khairan!