MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 16, 2025

BINA TEMPAT TAPAK TANGKI AIR UNTUK MELETAK TANGKI AIR

RM870 / 29.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

45 Penyumbang

14 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Mari bersama kami membina tapak tangki air ini sebagai simbol kasih, keprihatinan dan amal jariah yang kekal hingga ke akhirat.


Air merupakan keperluan asas yang utama dalam kehidupan seharian. Tanpa air, urusan kebersihan, ibadah, dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Namun, di maahad tahfiz kami, sering berlaku kekurangan bekalan air yang kadang menyukarkan aktiviti pelajar di sini. Pihak maahad berusaha mendapatkan tangki air tambahan bagi mengatasi masalah tersebut.



Sehubungan itu, kami sedang membina tapak tempat tangki air bagi menyediakan ruangan tapak yang kukuh dan kuat bagi menempatkan tangki-tangki air tambahan ini. Pihak kami melancarkan kempen Infaq Pembinaan Tapak Tangki Air bagi membina struktur tapak kukuh, yang mampu menampung tangki air untuk kegunaan harian asrama dan surau tahfiz.



Melalui sumbangan ini akan digunakan bagi membeli simen, dan pasir bagi menyelesaikan pembinaan tapak ini. Dengan adanya tapak tangki air ini, para pelajar dapat menikmati bekalan air yang mencukupi untuk mandi, berwuduk, mencuci pakaian, dan menjalani kehidupan harian dengan lebih selesa. Selain itu, ia juga memastikan kelancaran aktiviti keagamaan serta pembelajaran Al-Quran tanpa gangguan akibat masalah kekurangan air.



Kami menyeru kepada semua insan budiman untuk bersama-sama berinfaq dalam projek ini. Sumbangan anda, walau sekecil mana pun, sangat bermakna dalam membina kemudahan asas yang memberi manfaat jangka panjang. 


“Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma.” (Riwayat Ahmad)


Setiap titisan air yang digunakan untuk berwuduk, mandi, memasak, atau menghilangkan dahaga akan menjadi ganjaran pahala yang berlipat ganda di sisi Allah SWT.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 21, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 21, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Oct 21, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 21, 2025

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 21, 2025