Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Oct 16, 2025
RM870 / 29.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
45 Penyumbang
14 Baki Hari
Air merupakan keperluan asas yang utama dalam kehidupan seharian. Tanpa air, urusan kebersihan, ibadah, dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Namun, di maahad tahfiz kami, sering berlaku kekurangan bekalan air yang kadang menyukarkan aktiviti pelajar di sini. Pihak maahad berusaha mendapatkan tangki air tambahan bagi mengatasi masalah tersebut.

Sehubungan itu, kami sedang membina tapak tempat tangki air bagi menyediakan ruangan tapak yang kukuh dan kuat bagi menempatkan tangki-tangki air tambahan ini. Pihak kami melancarkan kempen Infaq Pembinaan Tapak Tangki Air bagi membina struktur tapak kukuh, yang mampu menampung tangki air untuk kegunaan harian asrama dan surau tahfiz.

Melalui sumbangan ini akan digunakan bagi membeli simen, dan pasir bagi menyelesaikan pembinaan tapak ini. Dengan adanya tapak tangki air ini, para pelajar dapat menikmati bekalan air yang mencukupi untuk mandi, berwuduk, mencuci pakaian, dan menjalani kehidupan harian dengan lebih selesa. Selain itu, ia juga memastikan kelancaran aktiviti keagamaan serta pembelajaran Al-Quran tanpa gangguan akibat masalah kekurangan air.

Kami menyeru kepada semua insan budiman untuk bersama-sama berinfaq dalam projek ini. Sumbangan anda, walau sekecil mana pun, sangat bermakna dalam membina kemudahan asas yang memberi manfaat jangka panjang.
“Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma.” (Riwayat Ahmad)
Setiap titisan air yang digunakan untuk berwuduk, mandi, memasak, atau menghilangkan dahaga akan menjadi ganjaran pahala yang berlipat ganda di sisi Allah SWT.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 20, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 20, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 20, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Oct 19, 2025
KHAIRUNNISA SHAMSUDDIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 19, 2025