Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Membawa Harapan dan Keceriaan untuk Davina Kecil.
Alhamdulillah, baru-baru ini pasukan ASAR Humanity sekali lagi berpeluang menziarahi adik Davina,
seorang anak kecil yang menghidap penyakit di mana dia tidak mempunyai lubang dubur dan kini bergantung kepada lubang buatan pada perutnya.
Ini merupakan kali ketiga kami datang menziarahinya, membawa bantuan makanan, susu, madu, dan sumber protein berkualiti untuk menyokong pemulihan dan kesejahteraannya.

Keluarga Davina menyambut kedatangan kami dengan penuh mesra, dan senyuman kecil Davina benar-benar menyentuh hati kami semua.
Ibubapa Davina dengan penuh rasa syukur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang dari Sumbangan.com yang sudi membantu mereka dalam waktu yang mencabar ini.
Mereka berkata,
“Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang menderma, hanya Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan ini. Doakan Davina sihat dan boleh bermain seperti anak-anak lain.”

Melalui kempen ini, kita bukan sahaja memberikan bantuan material,
tetapi juga menyuntik semangat dan harapan untuk Davina dan keluarganya.
Semoga Allah membalas kebaikan semua penyumbang dengan keberkatan yang berpanjangan.
Mari teruskan misi kebaikan ini, kerana setiap sen yang kita hulurkan membawa harapan untuk mereka!
Alhamdulillah, pasukan ASAR Humanity telah berjaya menghantarkan bantuan untuk adik Davina, seorang anak perempuan yang lahir tanpa anus dan masih memerlukan beberapa kali pembedahan lagi untuk pemulihan penuh.
Dalam kunjungan ini, kami menghantar bantuan makanan bagi meringankan beban keluarganya, agar mereka dapat menyimpan lebih banyak wang untuk persiapan pembedahan seterusnya.

Ibu bapa Davina mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada para dermawan yang telah menyokong mereka melalui sumbangan.com. Bantuan yang diberikan sangat bermakna dalam perjalanan kesihatan Davina. Mereka berharap, dengan sokongan berterusan, dana yang diperlukan untuk pembedahan seterusnya dapat segera terkumpul.

Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang diberikan dan memudahkan urusan kesihatan Davina. Teruskan menyebarkan kebaikan dan membantu mereka yang memerlukan.
Jom teruskan derma kita untuk anak anak pesakit kronik!