Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor
Dimulakan pada Jun 26, 2025
RM595 / 19.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
27 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Abang Man berusia 60-an tiada pendapatan tetap manakala Kak Zah, isterinya, pula uzur dan tidak mampu lagi bekerja. Mereka tinggal di sebuah rumah usang yang serba kekurangan di kawasan Batu Pahat dengan pendapatan yang tidak menentu dan tiada sokongan tetap, setiap hari adalah perjuangan bagi mereka untuk mendapatkan keperluan asas seperti makanan, ubat-ubatan, dan perbelanjaan harian.

Keadaan mereka yang uzur dan kekurangan sumber pendapatan meletakkan mereka dalam kategori asnaf yang sangat memerlukan bantuan dan keprihatinan daripada masyarakat. Tujuan program ini adalah untuk membantu Abang Man dan Kak Zah menampung kos sara hidup harian, termasuk makanan berkhasiat, minuman, bil utiliti, serta keperluan peribadi serta mengurangkan beban kos ubat-ubatan dan rawatan susulan Abang Man dan Kak Zah.

Sebagai ahli masyarakat kita memastikan mereka dapat menjalani hari-hari mereka dengan lebih selesa, selamat, dan bermaruah. Membuka peluang kepada masyarakat untuk menunaikan tuntutan bersedekah dan berinfaq, terutamanya kepada golongan asnaf yang disebut dalam Al-Quran.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sedekah itu memadamkan dosa sebagaimana air memadamkan api." (HR. Tirmizi).

Setiap sumbangan anda, walau sekecil mana pun, adalah permata yang akan membantu menerangi kehidupan Abang Man dan Kak Zah. Sumbangan anda bukan sahaja meringankan beban duniawi mereka, tetapi juga menjadi saham akhirat yang berpanjangan untuk anda. Semoga Allah SWT menerima setiap kebaikan yang anda hulurkan dan memberkati rezeki anda. Terima kasih atas keprihatinan dan sumbangan murni anda.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 02, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 01, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 30, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jun 30, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jun 30, 2025