YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada May 17, 2023

INFAQ KEPERLUAN ASAS UNTUK WARGA EMAS ASNAF

RM505 / 8.42 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

32 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menyalurkan bantuan keperluan asas harian untuk warga emas asnaf yang memerlukan bantuan. Jom kita bantu mereka!


Sesungguhnya tidak semua insan dikurniakan kesenangan tatkala di usia senja. Ada yang diduga dengan sakit atau uzur, ada yang dipinggir oleh anak-anak dan ada yang hidup dalam kemiskinan. Sekiranya kita dipanjangkan umur, sudah pasti kita akan melalui fasa umur warga emas. Sekiranya ketika itu kita hidup dalam kemiskinan dan kesusahan, sudah pasti kita memerlukan bantuan dan pertolongan dari orang lain untuk meneruskan kehidupan.



Pertemuan kami dengan kumpulan warga emas yang hidup susah dan sebahagiannya hidup sebatang kara tanpa waris amat menyentuh perasaan. Mereka tidak mampu lagi berkerja kerana faktor usia dan sangat mengharapkan ihsan orang lain untuk meneruskan kehidupan. Walaupun sebahagian mereka ada manerima bantuan dari pihak berwajib, namun jumlahnya adalah terlalu minimal.



Atas rasa simpati terhadap golongan warga emas yang susah ini, Yayasan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan bantuan keperluan asas harian berupa makanan asas kering seperti beras, minyak masak, tepung gandum, telur, bihun dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan sebagai usaha untuk meringankan beban yang sedang mereka hadapi. Sasaran bantuan ini akan melibatkan 30-40 orang warga emas asnaf yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen ini demi membantu golongan warga emas asnaf ini untuk meneruskan kehidupan pada sisa-sisa umur yang ada. Semoga usaha kecil kita ini akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT.



Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang Mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya.” (HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 19, 2023

Kempen Sumbangan Tamat