YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Dec 09, 2021

INFAQ BARAKAH JUMAAT BERI MAKAN KEPADA ASNAF DAN WARGA EMAS MISKIN

RM2,200 / 44.00 %

Telah Terkumpul Daripada Sasaran Sumbangan RM5,000

58 penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsikan:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menjayakan Program Infaq Barakah Jumaat minggu ini iaitu pemberian makanan dan minuman kepada golongan Asnaf dan Warga Emas Miskin.

Assalamualaikum W.B.T.

 

Infaq Barakah Jumaat Beri Makan Kepada Asnaf dan Warga Emas Miskin

 

Sebagai menyahut seruan Nabi Muhammad S.A.W. yang menyatakan bahawa pada hari Jumaat sebagai hari yang paling afdhal bersedekah, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) melalui Program Infaq Barakah Jumaat minggu ini akan mengkhususkan pemberian makanan dan minuman kepada golongan Asnaf dan Warga Emas yang miskin di sekitar Lembah Klang dan kawasan lain yang memerlukan.

 

Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat penerima-penerima sumbangan / bantuan dan semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.

 

“Sesungguhnya orang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan.” (HR. Thabrani).


Seorang laki-lai bertanya kepada Nabi SAW, “Perbuatan apa yang terbaik di dalam Islam?” Nabi SAW menjawab, “Kamu memberi makan kepada orang lain.” (HR. Bukhari dan Muslim).


“Dianjurkan memperbanyak sedekah dan beramal soleh di hari Jumaat atau malam Jumaat. Memperbanyak Solawat kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam di malam atau siang hari Jumaat berdasarkan hadis: “Sesungguhnya hari yang paling afdhal adalah hari Jumaat. Kerana itu, perbanyaklah membaca Solawat untukku. Kerana Solawat kalian diperlihat kepadaku.” (al-Iqna’, 1/170)

 

Terima Kasih.



Wassalam.

Anda merasakan kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Perkembangan Terbaru

Tiada perkembangan

Doa-doa #Penyumbang

Rujukan Teratas

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 11, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 10, 2021

REMY RUSHAIMY BIN RAFIE

Menyumbang sebanyak RM100.00

Dec 10, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 10, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 10, 2021

Kempen Sumbangan Tamat