INFAQ BERAS AKHIR TAHUN UNTUK ASNAF DAN IBU TUNGGAL TAHUN 2024

RM1,015 / 12.69 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000

51 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom menyumbang ke kempen infak beras! Moga kempen ini akan berjaya dan menjadi program bulanan bagi kita semua untuk membantu meringankan beban mereka yang sangat memerlukan perhatian kita semua.


Syukur alhamdulilah, biarpun pada bulan Oktober kita berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM1,300 sahaja, namun program ini telah dimanfaatkan oleh seramai 80 penerima pek bantuan beras tersebut.



Kami konsisten untuk menjadikan ini sebagai program bulanan yang akan kami anjurkan kerana kami yakin bahawa biarpun ianya hanya satu pek beras sahaja, namun ia memberi makna yang sangat besar kepada penerima tersebut. Oleh itu, kami akan lakukan yang terbaik di samping sokongan para penyumbang sekalian dalam usaha kita bersama untuk membantu mereka yang memerlukan ini.



Antara penerima yang menerima bantuan daripada hasil sumbangan orang ramai dan bekalan diambil terus dari kilang bagi mendapatkan harga yang lebih murah.


Kali ini kami mengadakan kempen untuk 2 bulan sekali bagi memastikan sumbangan yang diterima akan lebih berterusan untuk dimanfaatkan oleh penerima kita yang terdiri dari pelbagai latar belakang.



Antara penerima yang pernah menerima bantuan terdiri daripada ibu tunggal, asnaf dan orang tua yang uzur tinggal sendirian.


Ada di antara penerima yang uzur dan mengalami masalah penglihatan akibat kecederaan dan ada yang sejak lahir lagi. Hal inilah yang telah menyatukan kita untuk terus membantu golongan ini. Jika bukan kita, maka siapa lagi yang akan meringankan beban mereka? Biarpun apa yang kita lakukan ini tidak besar, namun ianya sangat dihargai oleh mereka yang benar-benar memerlukan ini.  


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MOHD FADZIL B. ALIAS

Menyumbang sebanyak RM100.00

Dec 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 07, 2024

SALEHUDIN DAN KELUARGA

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 06, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 06, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 06, 2024

Kempen Sumbangan Tamat