Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH SAYANG DAERAH SIBU
Dimulakan pada Nov 11, 2024
RM1,015 / 12.69 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000
51 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Syukur alhamdulilah, biarpun pada bulan Oktober kita berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM1,300 sahaja, namun program ini telah dimanfaatkan oleh seramai 80 penerima pek bantuan beras tersebut.

Kami konsisten untuk menjadikan ini sebagai program bulanan yang akan kami anjurkan kerana kami yakin bahawa biarpun ianya hanya satu pek beras sahaja, namun ia memberi makna yang sangat besar kepada penerima tersebut. Oleh itu, kami akan lakukan yang terbaik di samping sokongan para penyumbang sekalian dalam usaha kita bersama untuk membantu mereka yang memerlukan ini.

Kali ini kami mengadakan kempen untuk 2 bulan sekali bagi memastikan sumbangan yang diterima akan lebih berterusan untuk dimanfaatkan oleh penerima kita yang terdiri dari pelbagai latar belakang.

Ada di antara penerima yang uzur dan mengalami masalah penglihatan akibat kecederaan dan ada yang sejak lahir lagi. Hal inilah yang telah menyatukan kita untuk terus membantu golongan ini. Jika bukan kita, maka siapa lagi yang akan meringankan beban mereka? Biarpun apa yang kita lakukan ini tidak besar, namun ianya sangat dihargai oleh mereka yang benar-benar memerlukan ini.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 17, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 16, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 15, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Nov 15, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 15, 2024