Alhamdulillah, pasukan ASAR Humanity telah menyalurkan air bersih kepada penduduk di Sumberjo, Yogyakarta yang telah lama berdepan kesukaran mendapatkan air untuk diminum dan digunakan seharian.

Penduduk sangat gembira ketika mengisi air dari tangki, seorang warga tempatan bahkan berkata dengan penuh rasa syukur bahawa beliau belum mandi selama tiga hari kerana ketiadaan air. Situasi ini amat membimbangkan, terutama dari segi kesihatan dan kebersihan diri.

Terima kasih kepada semua penderma yang telah memberi harapan kepada mereka.
Semoga usaha ini menjadi amal jariah yang berpanjangan, dan semoga suatu hari nanti kita dapat membantu membina telaga air kekal untuk manfaat jangka panjang.
#ASARHumanity #SumbanganCom #SedekahAirBersih #SadaqahJariah