Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM585 / 5.85 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
29 Penyumbang
155 Baki Hari
Di sebalik setiap suara kecil yang mengaji di madrasah, tersimpan kisah perjuangan yang tidak semua orang tahu. Ramai di antara madrasah yang kami temui di seluruh pelosok negeri masih berdiri dengan serba kekurangan, namun tetap teguh menjadi tempat berlindung dan belajar bagi anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah.

ASAR Humanity telah bekerjasama dengan lebih daripada 50 madrasah, yang bukan sahaja memberikan pendidikan percuma, tetapi juga tempat tinggal bagi pelajar yatim dan dhuafa. Namun, kerana mereka bergantung sepenuhnya pada sumbangan penderma, banyak madrasah yang masih sukar memperbaiki kemudahan asas, terutamanya di bahagian dapur dan asrama.

Bayangkan, setiap hari mereka perlu menyediakan makanan untuk lebih 20 orang pelajar dengan peralatan yang sangat terhad. Ada yang masih menggunakan tungku kayu untuk memasak kerana tidak mampu membeli dapur gas. Asap tebal memenuhi ruang, panas menjalar ke seluruh sudut, namun guru-guru dan pelajar tetap bersyukur, tetap berusaha menyediakan makanan seadanya.
Antara keperluan yang ingin kami sediakan termasuk:
1. Dapur gas & tabung,
2. Peti sejuk,
3. Pengisar & periuk besar,
4. Pinggan mangkuk dan senduk,
5. Bahkan sudu dan garpu yang cukup untuk semua pelajar.

Kebersihan dan keselamatan di dapur sangat penting, bukan hanya untuk keselesaan, tetapi juga untuk mencegah penyakit. Kerana itu, kami ingin membantu madrasah-madrasah ini dengan menyediakan kelengkapan dapur dan peralatan asas yang boleh digunakan untuk jangka masa panjang.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
ZHK
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 07, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 07, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 07, 2025
MANSOOR&RASYIDDAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 07, 2025
SITI SARAH ABU BAKAR
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 07, 2025