ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Nov 03, 2025

INFAQ LENGKAPKAN FASILITI DAPUR DAN PERALATAN ASAS YATIM DAN DHUAFA

RM585 / 5.85 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

29 Penyumbang

155 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami mengajak anda untuk bersama membantu menyediakan kelengkapan dapur untuk madrasah-madrasah yang memerlukan. Mari bersama kita mudahkan urusan mereka


Di sebalik setiap suara kecil yang mengaji di madrasah, tersimpan kisah perjuangan yang tidak semua orang tahu. Ramai di antara madrasah yang kami temui di seluruh pelosok negeri masih berdiri dengan serba kekurangan, namun tetap teguh menjadi tempat berlindung dan belajar bagi anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah.



ASAR Humanity telah bekerjasama dengan lebih daripada 50 madrasah, yang bukan sahaja memberikan pendidikan percuma, tetapi juga tempat tinggal bagi pelajar yatim dan dhuafa. Namun, kerana mereka bergantung sepenuhnya pada sumbangan penderma, banyak madrasah yang masih sukar memperbaiki kemudahan asas, terutamanya di bahagian dapur dan asrama.



Bayangkan, setiap hari mereka perlu menyediakan makanan untuk lebih 20 orang pelajar dengan peralatan yang sangat terhad. Ada yang masih menggunakan tungku kayu untuk memasak kerana tidak mampu membeli dapur gas. Asap tebal memenuhi ruang, panas menjalar ke seluruh sudut, namun guru-guru dan pelajar tetap bersyukur, tetap berusaha menyediakan makanan seadanya.


Antara keperluan yang ingin kami sediakan termasuk:

1. Dapur gas & tabung,

2. Peti sejuk,

3. Pengisar & periuk besar,

4. Pinggan mangkuk dan senduk,

5. Bahkan sudu dan garpu yang cukup untuk semua pelajar.



Kebersihan dan keselamatan di dapur sangat penting, bukan hanya untuk keselesaan, tetapi juga untuk mencegah penyakit. Kerana itu, kami ingin membantu madrasah-madrasah ini dengan menyediakan kelengkapan dapur dan peralatan asas yang boleh digunakan untuk jangka masa panjang.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

KHAIRUNNISA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 07, 2025

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 07, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 07, 2025

MOHD SHAH AMIRUL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 06, 2025