Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM115 / 3.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
10 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Masih di bulan Maulidur Rasul menyambut hari kelahiran Rasulullah Muhammad SAW, adalah sebuah momen yang penuh berkah dalam agama Islam. Perayaan ini memiliki banyak fadilah (keutamaan) yang penting bagi umat Muslim. Maulidur Rasul adalah waktu yang tepat untuk mengenang kehidupan, ajaran dan akhlak mulia Rasulullah. Ini adalah kesempatan untuk menghormati dan mencintai Nabi Muhammad SAW yang merupakan panutan bagi seluruh umat manusia.
Dalam beberapa riwayat disebutkan bahawa Nabi dilahirkan dan diwafatkan pada hari Isnin. Ada juga pendapat pada hari Khamis di mana hari diperiksanya amalan perbuatan di hadapan Allah SWT serta hari dibukanya pintu syurga dan pengampunan dosa. Sehingga beliau senang untuk berpuasa sunnah pada hari Isnin-Khamis.
Asar Humanity menjemput anda untuk meraih redha dan melipat gandakan pahala daripada keutamaan sedekah makanan kepada orang yang berpuasa. Salah satunya melalui infaq pek makanan iftar yang insyaAllah akan kami berikan kepada pelajar maahad dhuafa yang setiap hari Isnin dan Khamis menjalankan ibadah puasa sunnah.
InsyaAllah infaq pek makanan iftar ini menjadi salah satu pahala untuk menjemput keredhaan dan keberkahan Allah SWT. Sebagaimana infaq makanan juga memiliki keutamaan yang tidak boleh terlepas. Dimulai dengan RM10 anda dapat berinfaq mengagihkan pek makanan iftar berkhasiat bagi pelajar maahad dhuafa yang berasal dari keluarga kurang mampu sehingga mereka mampu makan seadanya.
“Barangsiapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”
(HR. Tirmidzi no. 807, Ibnu Majah no. 1746, dan Ahmad 5/192)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Tuan dan Puan, kami berharap laporan ini mendapati anda dan keluarga anda dalam keadaan baik dan sejahtera.
Alhamdulillah, Pasukan Asar Humanity telah berjaya menyediakan Ifthar puasa sunat di Maahad Al Madinah Medan, Sumatera Utara. Aktiviti berjalan lancar. Pihak pentadbir dan pelajar maahad amat berterima kasih atas perhatian tuan/puan dalam menyediakan juadah berbuka puasa yang lazat dan berkhasiat.
Barakallahu fiikum tuan-tuan dan puan-puan! Semoga Allah SWT memberikan ganjaran dan keberkatan yang berlipat ganda kepada anda dan keluarga atas kebaikan yang telah anda lakukan. Hanya Allah Taala sahaja yang mampu membalas rezeki secara berterusan. Jazakumullah khairan ahsanal jaza.
Adakah anda akan terus menyediakan juadah berbuka puasa untuk pelajar miskin maahad?
Derma sekarang melalui pautan ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 06, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 04, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 04, 2023
ROMY AZHAR BIN ABDUL RAHIM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 04, 2023
HAMBA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 04, 2023