ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Oct 03, 2023

INFAQ MAKANAN BERBUKA PUASA SUNNAH UNTUK PELAJAR MAAHAD TAHFIZ

RM115 / 3.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

10 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Di bulan Maulidur Rasul, jangan terlepas keutamaan memberikan infaq makanan kepada orang yang berpuasa. Jom agihkan pek makanan iftar Isnin Khamis!


Masih di bulan Maulidur Rasul menyambut hari kelahiran Rasulullah Muhammad SAW, adalah sebuah momen yang penuh berkah dalam agama Islam. Perayaan ini memiliki banyak fadilah (keutamaan) yang penting bagi umat Muslim. Maulidur Rasul adalah waktu yang tepat untuk mengenang kehidupan, ajaran dan akhlak mulia Rasulullah. Ini adalah kesempatan untuk menghormati dan mencintai Nabi Muhammad SAW yang merupakan panutan bagi seluruh umat manusia.



Dalam beberapa riwayat disebutkan bahawa Nabi dilahirkan dan diwafatkan pada hari Isnin. Ada juga pendapat pada hari Khamis di mana hari diperiksanya amalan perbuatan di hadapan Allah SWT serta hari dibukanya pintu syurga dan pengampunan dosa. Sehingga beliau senang untuk berpuasa sunnah pada hari Isnin-Khamis.



Asar Humanity menjemput anda untuk meraih redha dan melipat gandakan pahala daripada keutamaan sedekah makanan kepada orang yang berpuasa. Salah satunya melalui infaq pek makanan iftar yang insyaAllah akan kami berikan kepada pelajar maahad dhuafa yang setiap hari Isnin dan Khamis menjalankan ibadah puasa sunnah.



InsyaAllah infaq pek makanan iftar ini menjadi salah satu pahala untuk menjemput keredhaan dan keberkahan Allah SWT. Sebagaimana infaq makanan juga memiliki keutamaan yang tidak boleh terlepas. Dimulai dengan RM10 anda dapat berinfaq mengagihkan pek makanan iftar berkhasiat bagi pelajar maahad dhuafa yang berasal dari keluarga kurang mampu sehingga mereka mampu makan seadanya.



“Barangsiapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”

(HR. Tirmidzi no. 807, Ibnu Majah no. 1746, dan Ahmad 5/192)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat