English Bahasa
logo-small
Sedekah Sedekah Berterusan Wakaf Zakat Akikah Korban Mohon Kempen
Tentang Kami Hubungi Kami Terma & Syarat Soalan Lazim Caj Platform
Log Masuk

Belum berdaftar? Daftar sekarang!

Buat carian Kempen

Kembali Ke Kempen

RAYUAN INFAQ KASIH RAMADAN 1443H

Perkembangan Kempen
  • Apr 13, 2022


    12/4/2022, Solat Isyak, Tarawih, Witir dan tazkirah serta moreh bersama Muallaf. Sumbangan anda walau sekecil mana pun memberi manfaat untuk membimbing muallaf yang baru memeluk Islam khususnya cara solat dan memahami erti sebenar puasa itu sendiri.

    Kami kekurangan dana untuk teruskan usaha ini. Kami hanya perlukan RM100 satu malam untuk iftar / moreh bersama muallaf. Ayuh tuan-tuan bantulah kami sikit!

    Mereka baru mengenali Islam marilah kita bimbing mereka.

    Terima kasih semua penyumbang, sumbangan anda amat membantu.

  • Apr 08, 2022






    Alhamdulillah, muallaf ini baru 4 tahun memeluk Islam, kini berani tampil ke hadapan untuk melaungkan azan.


    7/4/2022, Darul Fitrah, PERKIM BTP.

    PERKIM BTP telah melaksanakan kuliah secara Hybrid selama 1 jam sebelum iftar, iaitu secara maya dan pysical, ada sebahagian muallaf mengikuti kuliah secara maya dari rumah masing-masing.

    Kemudian telah berbuka puasa bersama Muallaf, disusuli Solat Maghrib berjemaah, makan malam dan Solat Isyak serta Solat Sunat Tarawih berjemaah.

    Kutipan setakat ini cukup untuk 1 hari iftar bersama Muallaf.

    Ayuh tuan / puan, mereka kali pertama berpuasa adan solat Tarawih. Jom kita motivasikan mereka dengan membantu iftar ini.

Utama

Kempen

Peti Masuk

Akaun

Bakul